Homestay JKKK memberi perkhidmatan sewaan rumah penginapan homestay dan pelbagai pakej untuk lawatan dan aktiviti menarik di sawah padi atau tepian pantai.

Maklumat Homestay JKKK

1. HOMESTAY JKKK menyediakan banyak rumah kampung dan rumah batu untuk penginapan pelawat yang datang bermalam bersama keluarga atau melalui pakej lawatan. Rumah-rumah tersebut ada yang berdekatan antara satu sama lain ( rumah kumpulan ) dan ada yang berasingan. Penempatan pelawat lelaki dan perempuan dilakukan secara rumah berasingan bagi pelawat pakej lawatan  ( Kecuali penginapan keluarga / mahram ).

2. Pusat perhimpunan dan taklimat lawatan , makan minum dan aktiviti dalaman pelawat akan dilakukan di Pusat Aktiviti Sawah HOMESTAY JKKK, Sungai Haji Dorani .

3. Semua aktiviti luaran seperti memancing / menggagau ikan , naik sampan / rakit , naik gerabak motor / mini traktor dan lain-lain dilakukan di PUSAT AKTIVITI PANTAI atau PUSAT AKTIVITI SAWAH .. Manakala aktiviti BBQ untuk pelawat berkeluarga, di rumah penginapan masing-masing.

4. HOMESTAY JKKK juga menyediakan kemudahan padang permainan kepada pelawat yang ingin mengadakan acara sukaneka serta kemudahan dewan/ pentas jika diperlukan.

Kenudahan lain disediakan ialah PA sistem, alat tayang LCD dan alatan untuk BBQ.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PENYELIA HOMESTAY DI TALIAN O19-9114470 ( Ustaz Haji Ab.Jalil )  email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

hometay jkkkk Q3 2019