Tarikh

: 22 dan 23 April 2019

Masa

: 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 30 Orang

Tujuan

 

Program anjuran KEMAS Parlimen Sungai Besar dengan kerjasama Pusat Internet Kluster Sabak Bernam diadakan bagi membantu MPKK mengemaskini Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN). Program berlangsung selama 3 hari iaitu pada 22 April 2019 (MPKK Mukim Pasir Panjang), 23 April 2019 (MPKK Mukim Panchang Bedena) dan 24 April 2019 akan berlangsung di Pusat Internet Kg Desa Permai (MPKK Mukim Sungai Panjang).

Aktiviti

    • Petugas telah membantu peserta untuk mengisi data-data kampung seperti penyediaan peta dan pelan kampung. Mencari koordinat serta gambar lokasi kampung yang menarik menggunakan Google Maps.Pusat Internet Sg Haji Dorani juga mempelawa MPKK untuk menyertai bengkel membuat Kertas Cadangan Program bagi permohonan Geran MPKK.

Gambar Disini