Pelbagai jenis makanan para usahawan seluruh Malaysia akan bertapak di Stadium Sungai Besar. Ayuh beramai-ramai memeriahkan festival ini.
USAHAWAN KECIL HARTANAH
Nama | : Siti Baizura Bt Ahmad |
Umur | : 37 tahun |
Ahli | : 2017 |
Peniaga kecil-kecilan di pasar Sg Haji Dorani yang meniaga apam balik dan murtabak ayam/daging. Waktu operasi adalah dari jam 2 petang hingga 7 petang pada setiap hari sabtu dan ahad. Rata-rata pelanggan adalah dari kawasan dalam dan luar pekan Sg Haji Dorani. Beliau adalah ahli PI Sg Haji Dorani dari tahun 2017.Beliau giat menyertai program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet dan sering menghantarnya anaknya untuk mengikuti kelas kelas ICT yang dianjurkan.
Encik Muhd Fadhli Bin Ibrahim dan isterinya mula berniaga Ayam Goreng RM1 Viral pada awal tahun 2018. Lokasi beliau berniaga adalah berhadapan dengan Pusat Internet Sungai Haji Dorani. Waktu operasi adalah dari jam 11.00 pag -2.00 petang.Pendapatan beliau dianggarkan lebih kurang RM1000 sebulan dengan jumlah hari cuti 2 hari seminggu. Pusat Internet banyak membantu dalam mempromosi gerai jualan beliau melalui emdia ssosial dan kelas-kelas keusahawanan yang dijalankan.
En Mohd Idris merupakan seorang peniaga Kentang Spring Berperisa dan pisang goreng panas di Pasar Sungai Haji Dorani.pada setiap hari Sabtu, Ahad, Selasa, Rabu dan Jumaat. Antara Kentang Spring yang diminati ramai adalah yang berperisa bbq+thousand island+mayonis+sos. Bermula dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang tetapi kebiasaannya sebelum pukul 6 hasil jualan telah habis terjual.Beliau tidak mempunyai kedai yang tetap, hanya berlesenkan kedai sementara dengan membuka warung kecil di tepi jalan.
Makan Tengah Hari di D’Bayu Impian Housestay
Untuk lokasi makan tengah hari boleh cuba di D’Bayu Impian Housestay yang terletak di Parit 16 Sungai Panjang, Sungai Besar. Bagi yang tidak pernah rasa masakan orang tempatan, di sini menyediakan makanan tempatan yang terbaik.
Housestay ini juga sesuai untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti team building dan juga reuinion persatuan atau bekas pelajar kerana terdapat kemudahan seperti dewan seminar dan kelas. Perkhidmatan lain turut disediakan adalah aktiviti memancing, meja pool, karaoke, BBQ, menu pilihan, aktiviti kebudayaan, silat, kuda kepang dan kompang
Lokasi : D’Bayu Impian Housestay, Parit 16 Sungai Panjang
Sungai Besar, Selangor
Tel : 019-3729570
Web : dbayuimpian.blogspot.com
Makan Malam di Nasi Buloh
Terletak bersebelahan Kraf Nayan terdapat restoran yang terkenal dengan nama Nasi Buloh. Apa yang menarik di sini adalah Set Nasi Buluh ini di mana nasi itu dikukus bersama-sama dengan daun pisang kemudian di letak di dalam buluh. Kemudian dikukus mengikut jangka masa tertentu.
Kemudian dengan set nasi buluh itu di tambah dengan pelbagai jenis lauk-pauk mengikut citarasa lauk tempatan seperti ayam dan ikan gorang, lauk masakan jawa dan banjar dan pelbagai lagi. Pelbagai minuman disediakan seperti jus buah-buahan. Sebagai penamat atau desert Kelapa Muda Leleh menjadi santapan terakhir. Memang berbaloi untuk mencuba Nasi Buloh di sini.
Lokasi : Nasi Buloh, Parit 7 Sungai Leman, Sekinchan
Sumber dan rujukan: (http://malaysiabackpackers.com/10-perkara-yang-unik-di-sungai-besar/)