Pelitup muka yang dipakai dengan betul mampu mengelak kita drpd risiko jangkitan #COVID19.
Pakai pelitup muka terlalu lama memang merimaskan tapi tidak akan membuat kita sesak nafas.
Pakai pelitup muka sbg 'perisai diri' sebaik saja keluar dari rumah sbg satu kebiasaan.
Berhati-hati jika membeli produk ubat-ubatan atau makanan kesihatan dalam talian. Semak dan periksa status penjual dan produk yang dijual sebelum membuat apa-apa pembelian. Pastikan produk ubat-ubatan yang dijual telah mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk makanan tidak sepatutnya mempunyai tuntutan perubatan seolah-olah ianya ubat. Produk yang tidak dapat disahkan statusnya adalah diragui dari segi mutu, keselamatan dan keberkesanannya.
Pembelian ubat-ubatan dalam talian secara sewenang-wenangnya boleh membahayakan kesihatan diri dan keluarga anda.
Rujuk dan laporkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM sekiranya anda meragui status sesuatu laman web atau produk yang ditawarkan.
Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.
Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.
Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah SYURGA bagi kuman.
Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.
Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?
Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:
✅ Rebus 5 minit atau,
✅ Microwave. Letak dlm air + bleach selama 2 minit atau,
✅ Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.
Semoga bermanfaat!
Mengapa perlu kerap membasuh tangan?
Membasuh tangan terutama sebelum makan atau selepas mengguna tandas bukan sesuatu yang baharu dalam masyarakat. Sebaliknya, ia menjadi satu kelaziman di Malaysia. Apa yang dimaksudkan membasuh tangan sebagai kebiasaan baharu ialah mencuci tangan lebih kerap walaupun tidak makan atau tidak menggunakan tandas. Inilah yang kebiasaan baharu yang perlu dijadikan norma baharu.
Tangan adalah bahagian anggota badan yang paling kerap menyentuh pelbagai permukaan dan tempat yang mempunyai kuman.
Membasuh tangan dapat cegah penyakit dan menyebarkan jangkitan kepada orang lain kerana ;
• Kelazimannya kita kerap menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa sedar. Tangan yang tercemar akan memindahkan kuman ke saluran pernafasan melalui mata, hidung dan mulut
• Kuman dari tangan yang tidak dibasuh boleh berpindah ke objek yang disentuh seperti tombol pintu, telefon bimbit, duit dan juga semasa bersalaman
Membasuh tangan dengan sabun dan air dapat menyingkirkan kuman dan mencegah pelbagai penyakit termasuk jangkitan COVID-19. Jika sukar akses tempat membasuh tangan, anda boleh mengguna cecair pemasmi kuman (hand sanitizer). Pada pengguna pengangkutan awam, anda amat digalakkan membawa sebotol kecil hand sanitizer sebagai persediaan pencegahan kerana kita menyentuh tempat/barang yang kerap disentuh orang ramai walaupun sekarang kerap dicuci oleh kakitangan pembersihan.
Memakai sarung tangan (terutama yang sering dipakai juruwang di kaunter bayaran), tidak bermakna anda tidak perlu basuh tangan. Risiko yang sama juga kerana anda menyentuh bahagian tercemar kemudian menyentuh bahagian muka.
Oleh itu, KKM sering menasihatkan orang ramai kerap membasuh tangan mengguna air dan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.
Kepada peminat indoor plant, berhati hati jika ada kanak kanak, haiwan peliharaan dan pesakit kronik. Sebagai alternatif kepada tanah, lebih baik gunakan air (dengan abate)