Lagi 5 hari menjelang Syawal tapi dah ada yang mula masak masakan lebaran. Tak sabar nak raya nampaknya.

 

Boleh memasak juadah dengan cara yang sihat seperti mereneh, memanggang atau mengukus. Gantikan santan dengan susu rendah lemak dan pilih daging tanpa lemak atau ayam yang dibuang kulit.

 

#COVID19

#KitaTeguhKitaMenang

#sihatmilikku

#walkthetalk

1B83F741 18AD 44F6 9ADD 416076733CA4

Tingkatkan sistem imuniti badan anda dengan memastikan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
860CF94F A0D2 49ED B699 956210537014

Penularan wabak COVID-19 telah mengubah amalan kehidupan kita daripada norma lama ke norma baharu.

 

Norma baharu perlu dimulakan sebagai satu kemestian dalam hidup.

 

Antara amalan norma baharu :

 

✅ Memakai penutup mulut dan hidung semasa di tempat awam

✅ Sentiasa membawa hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu

✅ Amalkan 3W dan elakkan 3C 

✅ Meletakkan tangan di dada sebagai tanda bersalaman

✅ Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun

✅ Mengamalkan penjarakan sosial

✅ Membuat pembayaran secara dalam talian atau pay wave

✅ Tidak menghadiri majlis sosial atau melancong ke luar negara

 

Sentiasa patuhi arahan kerajaan dari semasa ke semasa. Kita mampu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

 

#COVID19

#KitaTeguhKitaMenang

#sihatmilikku

#walkthetalk

Syawal menjelang tiba. Pasti dah ramai yang mula buat kuih raya kn 😍

Nak buat kuih raya yang sihat?

👍 Kurangkan gula, minyak dan lemak
👍 Kurangkan pewarna tiruan
👍 Guna ramuan tinggi serat seperti oat.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

 

Jika ibu bapa anda warga emas dan menghidap penyakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, masalah jantung atau buah pinggang, pastikan mereka tidak keluar rumah. 

 

Dapatkan maklumat lanjut dari fasiliti kesihatan terdekat untuk mudahkan ibu bapa anda mendapat bekalan ubat.

 

KKM menyediakan banyak kemudahan seperti penghantaran secara pos atau pandu lalu. 

 

Bagi mengekalkan penjarakan sosial di fasiliti kesihatan, antara cadangan sedang diteliti ialah pesakit menunggu dalam kenderaan sehingga tiba giliran. 

 

Norma-norma baharu kini adalah realiti.