Terkini

Kerajaan beri kebenaran kedai gunting rambut, kedai pendandan rambut dan salun kecantikan dibuka bermula 10 Jun 2020 dengan SOP ketat.

Golongan berumur 60 tahun ke atas diwajib buat temujanji sebelum dapatkan khidmat gunting rambut.

(Sidang Media Khas PKPB 6 Jun)

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Bayi berusia 2 tahun ke bawah TIDAK digalakkan untuk dipakaikan topeng muka kerana pemakaian topeng muka akan menyebabkan risiko lemas,strok haba, tercekik dan meningkatkan beban paru paru.

Semasa tempoh pandemik ini, elakkan membawa anak kecil ke tempat awam yang padat dan sesak. Mana mana individu yang tidak sihat dan bergejala jangan cium & gomol bayi ya.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi šŸ˜Š

 

Ringkasan Kes COVID-19 pada 26 MEI 2020

 

Kes baharu dilaporkan: 187

Perincian kes baharu:-

--> 10 kes import (3 BWN, 7 WN)

--> 177 kes penularan tempatan (173 BWN, 4 WN)

 

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,604

 

Jumlah kes aktif: 1,448

 

Kes sembuh: 62

 

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 6,041

 

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 8 (Seramai 5 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

 

Kematian: 0

 

Jumlah keseluruhan kematian: 115

 

 

Nasihat berkaitan COVID-19

1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)

2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)

3) Terus patuh kepada S.O.P 

 

- CPRC KKM

Raikan Hari Raya #Aidilfitri tahun ini di rumah bersama keluarga secara tertutup demi keselamatan.

 

Memutuskan rantaian dan mengelak penularan jangkitan #COVID19 adalah tanggungjawab kita bersama.

 

Due to #covid19 this year's Aidilfitri brings a completely new experience with zero physical contact or gatherings.

 

#stayhome because that's the safest place to be. Remember, are our own responsibility.

 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan norma- norma baru daripada warga kerja KKM.

 

- CPRC KKM

Antara kelaziman dan tradisi yang dilakukan bersama ahli keluarga dan sanak saudara pada Hari Raya Aidilfitri yang perlu DIELAKKAN: 

 

1. Kunjung mengunjungi

2. Ziarah kubur 

3. Bersalaman dan cium tangan ahli keluarga  lebih tua

4. Berpelukan (biasa dilakukan sesama  jantina disebabkan lama tidak berjumpa)   

5. Cium pipi atau laga pipi (kebiasaan dilakukan sesama wanita)

6. Berkumpul beramai-ramai sambil bersembang jarak dekat 

7. Berkongsi makanan atau bekas makanan/minuman

8. Berhimpit dalam kenderaan. 

9. Duit raya? Boleh diteruskan tapi tidak perlu bersentuhan. 

 

Kongsikan kelaziman yang anda lakukan bersama saudara mara tetapi perlu dielak.

 

#COVID19

#StayAtHome

#MovementControlOrder

#PerintahKawalanPergerakan

#KitaMestiMenang

 

Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA