Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK merupakan organisasi sesebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung. JKKK diketuai oleh seorang ketua kampung. Dalam perkampungan tradisional Melayu, ketua kampung secara automatik menjadi ketua / pengerusi JKKK. Bagi kawasan Sungai Haji Dorani, Ketua Kampung ialah En. Mat Ismail Bin Basir.

Mesyuarat JKKK diadakan sebulan sekali dan ahli JKKK akan mendapat elaun kehadiran . Turut serta ialah Penghulu mukim. Penghulu ialah kaki tangan tetap kerajaan negeri. Di sesebuah mukim, terdapai pejabat penghulu atau balai penghulu.

Penghulu akan melaporkan masalah, aduan dan rayuan daripada JKKK kepada Pegawai daerah. Pegawai Daerah bertanggungjawab kepada Menteri Besar di setiap negeri . Di peringkat pusat, ia di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah .