Latar belakang

 Hazreen adalah seorang surirumah yang menjalankan bisnes secara atas talian di rumah. Produk yang dijual antaranya adalah Travel Pin Box,menjadi dropship pelbagai barangan kosmetik, dan dropship barangan pakaian.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 Sebelum penglibatan beliau dengan pusat internet, beliau hanya melakukan promosi melalui media sosial tanpa melakukan pemasaran melalui iklan. Beliau juga hanya menjadi agent dropship. Anggaran pendapatan adalah dari RM100-200 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan beliau dengan hadir ke kelas-kelas ICT/pemasaran yang dianjurkan NADI, beliau mula berani mengeluarkan modal untuk produk sendiri dan mula meniaga secara kecil-kecilan. Beliau juga sudah tahu cara membuat posting berbayar untuk mempromosikan produknya. Anggaran pendapatan beliau adalah dalam RM500-1000 sebulan.

 

Nama Perniagaan    : by_eyqaabdulmalek (Menjual Travel Pin Box, Tudung Kanak-kanak, Dessert,

                                     Keychain Custom, Penunjuk Ngaji, Brooch)

Nama Penjual          : Hazreen Zulaikha

Alamat                      : Taman Emas Sabak Bernam

Nombor Telefon       : 018-3189389

Lokasi Perniagaan   : 1) Mara Night Market : 8.00pm -12.00am - Sabtu & Ahad (Setiap Bulan)

                                                                        : 8.00pm -12.00am - Setiap Hari (Bulan Ramadhan)

                                   : 2) Shopee                  : by.eyqaabdmalek

                                   : 3) Atas Talian             : Whatsapp,FB/IG/Tiktok - by_eyqaabdmalek

 
 

gambar kedai

Laman Choco adalah milik seorang usahawan yang berasal dari Sungai Besar,Selangor. Laman Choco yang terletak di Jalan Parit 1 Kg Sungai Haji Dorani adalah HQ bagi pembuatan Choco Crispy’yang mempunyai ramai agent dari pelbagai negeri.

Selain daripada kilang penghasilan Choco Crispy, D’Laman Choco juga telah mengembangkan bisnesnya dengan membuka Kafe yang terletak di lokasi yang sama. Menariknya kafe ini menawarkan pelbagai jenis makanan seperti Laksa,Bakso,Keropok Lekor,Pizza Homemade,Waffle pelbagai topping,Kopi,Custom Choco Jar dan banyak lagi. Kafe ini juga mempunyai laluan “Drive-Thru”. Selain itu, D’Laman Choco juga menawarkan sewaan Skuter untuk rondaan kampung dan menghayati keindahan panorama di sawah padi. Akan datang, D’Laman Choco juga bakal membuka beberapa unit Homestay juga di lokasi yang sama.

Alamat Premis :

No.6, Jalan Parit 1, Kampung Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor

Waktu Operasi :

9 pagi – 7 Petang (Rabu-cuti)

No Tel :

011-24400097 (En Farhan)

042e1393 33ff 4352 85d5 3993f5372c20

 

Latar belakang

 Laman Choco adalah milik seorang usahawan yang berasal dari Sungai Besar,Selangor. Laman Choco yang terletak di Jalan Parit 1 Kg Sungai Haji Dorani adalah HQ bagi pembuatan Choco Crispy yang mempunyai ramai agent dari pelbagai negeri. Selain daripada kilang penghasilan Choco Crispy, D’Laman Choco juga telah mengembangkan bisnesnya dengan membuka Kafe yang terletak di lokasi yang sama. Menariknya kafe ini menawarkan pelbagai jenis makanan seperti Laksa, Bakso, Keropok Lekor, Pizza Homemade, Waffle pelbagai topping,Kopi,Custom Choco Jar dan banyak lagi. Selain itu, D’Laman Choco juga menawarkan sewaan Skuter untuk rondaan kampung dan menghayati keindahan panorama di sawah padi dan pelanggan boleh menginap di Laman Choco dengan menyewa homestay.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau menjalankan perniagaan choco crispy seperti membuat dan memasarkan choco crispy  sahaja bersama keluarga dan agen-agennya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan di PEDi, beliau mula memasarkan pelbagai produknya serta produk tumpangan yang bersewa tapak di perusahaannya dan dapat menambah pendapatan serta memperluaskan lagi konsep perniagaannya kepada kepelbagaian produk. Beliau juga telam mam[u menupah pekerja untuk menjaga kaunter dan juga café beliau. 

 

CELIK IT - MUHAMMAD FIQRI BIN FADDOLI (SUNTINGAN VIDEO - ADOBE PREMIERE PRO)

 

6c29f006 5a56 490c 8bf9 cf46aa877567

Latar belakang

Fiqri adalah seorang bekas graduan UITM dalam bidang Senibina. Setelah tamat belajar,beliau mula menghadiri kelas suntingan video kerana minat dan mahu menjadikan minat tersebut sebagai pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum beliau mula menggunakan perkhidmatan dan melibatkan diri dalam kelas-kelas anjuran PEDi, Fiqri tidak tahu cara suntingan yang lebih menarik dan hanya memggunakan asas suntingan yang biasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Fiqri mula menghasilkan suntingan video yang lebih menarik dan unik sesuai mengikut trend terkini.

240114304 592068325485030 7238707664603698327 n

Mempelajari Asas Komputer, Internet dan E-Commerce

Nama : Hairul Nazlie Bin Mohammad Omar
Umur : 28 Tahun
Ahli 2019

Latar belakang

Encik Hairul adalah seorang usahawan PEDi yang kerap menggunakan perkhidmatan PEDi untuk urusan kerjanya. Sebagai usahawan, ini memerlukan beliau untuk lebih menggunakan internet bagi urusan akaun jualan shopeenya. Beliau juga perlu mengetahui cara menggunakan Microsoft Office (Excel)bagi memudahkan urusan beliau untuk membuat penyata kewangan. Dengan bantuan petugas, Encik Hairul boleh melakukan semuanya setelah mengikuti kelas-kelas keusahwanan dari PEDi Sg Haji Dorani

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas di PEDi, Encik Hairul hanya menggunakan jualan penjagaan rambut secara luar talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas dan hasil tunjuk ajar petugas PEDi, beliau berjaya mengetahui cara menggunakan komputer, laman web serta aplikasi-aplikasi di dalam komputer.

 

Sub-kategori

USAHAWAN ANEKA KEK DAN BISKUT

 

Puan Siti Salasiah Binti Ahmad atau lebih mesra dipanggil Kak Siti adalah seorang usahawan aneka kek dan biskut sejak dari tahun 2016. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada April 2017. Beliau mula mempelajari teknik pemasaran atas talian dan mempertingkatkan mutu masakan dari segi resipi dan bakat melalui internet diatas bantuan petugas Pusat Internet Kg Sg Haji Dorani.

Berikut merupakan temuramah bersama beliau.

Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda.

"mulanya saya tidak mahir untuk menggunakan teknologi dalam memajukan perniagaan saya. Hasil daripada pengajaran dan pembelajaran di PI, banyak membantu meningkatkan hasil jualan dan pendapatan saya.

Kemudahan internet yang disediakan oleh PI banyak membantu saya mencari resepi baru dan produk terkini.

Selain itu, saya juga banyak mempelajari teknik pembuatan kek melalui youtube dan mencari maklumat sebagai persediaan untuk mengendalikan kursus atau seminar.

Sehingga kini saya masih mendapat tunjuk ajar daripada petugas untuk menambahkan kemahiran bagi memajukan lagi perniagaan yang sebar mencabar."

3

Gambar: Petugas memberi tunjuk ajar cara mengemaskini maklumat di Facebook Puan Salasiah.

 

Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.

"Internet mengajar saya tentang dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari. Ia banyak membantu meningkatkan kemahiran masakan saya

Sebelum ini agak sukar bagi saya untuk mempromosikan produk menggunakan kaedah biasa, tidak seperti hari ini kaedah promosi produk jualan saya sangat cepat dan menjimatkan serta mendapat pulangan yang berganda

Selain itu, saya juga dapat meluaskan jaringan sosial dan berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan pembuatan kek kepada usahawan yang baru menceburi bidang ini

Kini, selain menjual produk saya juga mengadakan seminar dan kursus berkaitan pembuatan kek dan aneka biskut."

 

4

Gambar: Mempelajari kaedah pemasaran atas talian

 

Selain membuat Kek dan Biskut untuk dipasarkan, Puan Salasiah juga giat membuat kelas masakan untuk yang berminat.

2

1