042e1393 33ff 4352 85d5 3993f5372c20

 

Latar belakang

 Laman Choco adalah milik seorang usahawan yang berasal dari Sungai Besar,Selangor. Laman Choco yang terletak di Jalan Parit 1 Kg Sungai Haji Dorani adalah HQ bagi pembuatan Choco Crispy yang mempunyai ramai agent dari pelbagai negeri. Selain daripada kilang penghasilan Choco Crispy, D’Laman Choco juga telah mengembangkan bisnesnya dengan membuka Kafe yang terletak di lokasi yang sama. Menariknya kafe ini menawarkan pelbagai jenis makanan seperti Laksa, Bakso, Keropok Lekor, Pizza Homemade, Waffle pelbagai topping,Kopi,Custom Choco Jar dan banyak lagi. Selain itu, D’Laman Choco juga menawarkan sewaan Skuter untuk rondaan kampung dan menghayati keindahan panorama di sawah padi dan pelanggan boleh menginap di Laman Choco dengan menyewa homestay.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau menjalankan perniagaan choco crispy seperti membuat dan memasarkan choco crispy  sahaja bersama keluarga dan agen-agennya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan di PEDi, beliau mula memasarkan pelbagai produknya serta produk tumpangan yang bersewa tapak di perusahaannya dan dapat menambah pendapatan serta memperluaskan lagi konsep perniagaannya kepada kepelbagaian produk. Beliau juga telam mam[u menupah pekerja untuk menjaga kaunter dan juga café beliau.