Berikut merupakan lokasi-lokasi menarik di Sungai Haji Dorani dan sekitar Sungai Besar.

 

 Pasar Sungai Haji Dorani

Pengunjung boleh singgah di Pasar Petang Sungai Haji Dorani yang beroperasi seaawal pukul 4 petang setiap hari. Terdiri daripada banyak gerai makanan laut yang menawarkan pelbagai tangkapan segar yang terus dihantar ole nelayan. Gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan seperti kuih muih, barang dapur serta masakan tempatan juga boleh didapati disini. Pasar ini beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Ahad.

 6

 

Homestay Air Manis, Sungai Besar.

Penginapan dikelilingi pemandangan sawah padi dilengkapi perkakasan rumah, dapur yang lengkap dan ruang tamu yang luas. Sesuai untuk percutian keluarga.Terdapat dua buah rumah yang ditawarkan iaitu rumah loteng dan rumah tinggi pada kadar RM120 sehingga RM200.Hubungi Pengerusi Persatuan Chalet Air Manis 016-6895763 (Subani Marzuki) atau 019-2415735 (Ustaz Wan) untuk maklumat lanjut.Homestay ini juga dikenali sebagai D’Sawah Bendang Homestay. Layari laman web D’Sawah Bendang Homestay untuk maklumat lanjut.Homestay ini terletak di No 2, Jalan Parit 6 1/2 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor.

 

Masjid Jin Panchang Bedena.

Terletak kira-kira lapan kilometer dari pekan Sungai Besar, Masjid Lama Panchang Bedena ini yang dibuka sejak 1905, bukan sahaja mempunyai 1001 misteri, tetapi juga seni bina yang cukup menarik untuk diteliti.

Cerita-cerita mistik yang berlaku di masjid ini antaranya pengalaman aneh pengunjung masjid yang mendengar suara berzikir walaupun masjid berkenaan kosong ataupun beralih tempat duduk dan tidur, sememangnya sering menjadi buah mulut masyarakat tempatan mahupun pengunjung masjid itu.