Terima kasih kepada Usahawanita Kg. Sungai Haji Dorani kerana menggunakan perkhidmatan PUSAT INTERNET dalam urusan memajukan perniagaan anda.

Semoga terus sukses dan maju jaya.

Wanita sering dikaitkan sebagai kaum yang lemah kerana sifat wanita yang dicipta penuh dengan kelembutan. Namun, di era globalisasi ini, kemampuan wanita sudah tidak mampu disangkal lagi. Malahan, wujud bidalan yang menyatakan 'tangan yang mengayun buaian juga mampu menggoncang dunia'. Masih kekal dengan kelembutan dan tatatertib ketimuran, sumbangan kaum wanita dalam sektor ekonomi wajar diberi pujian.

Bagi kaum wanita di Kampung Sungai Haji Dorani, mereka gemar menggunakan masa yang terluang dengan berkebun secara kecil-kecilan. Hasil tanaman tersebut kemudiannya dijual sebagai sumber pendapatan sampingan. Malah, ramai juga yang terlibat secara langsung dalam perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).