USAHAWAN KEREPEK TEMPATAN
Nama : Maimon Binti Ibrahim
Umur : 69 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Puan Maimon Bt Ibrahim atau lebih gemar dipanggil Nek Mon menjual keropok buatan sendiri iaitu Keropok Peria Pedas dan Kuih Loyang serta Tepung Serbaguna (FRC) hasil buatan anak tempatan. Nek Mon baru memulakan bisnes ini sejak dari hujung tahun 2018 kerana minat. Nek Mon hadir setiap hari ke Pusat Jagaan Warga Emas bersama rakan-rakan supaya lebih aktif dan mula untuk berniaga atas saranan rakan-rakannya. Nek Mon telah datang ke Pusat Internet Sg Haji Dorani untuk menjual keropoknya dan petugas menawarkan inisiatif untuk mempromosikan keropoknya ke platform yang lebih mudah selain dari meniaga dari rumah ke rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan Nek Mon dengan PI, Nek Mon meniaga keropok dari rumah ke rumah dan melibatkan kos pengangkutan. Jualan juga tidak menentu kerana tidak semua rumh atau tempat yang dikunjunginya akan membeli.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan Nek Mon dengan PI dan atas saranan petugas untuk mempromosikan perniagaannya dia media sosial, Nek Mon kini kurang berkunjung dari satu tempat ke satu tempat kerana sesetengah pembeli membuat tempahan dari online sahaja dan Nek Mon hanya keluar menghantar apabila ada pembelian.
KELAS PROMOSI PERNIAGAAN
Nama : Muhammad Hafizuddin Bin Hassarudin
Umur : 19 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Muhd Hafizzudin Bin Nasaruddin atau lebih gemar dipanggil Hafiz adalah anak kepada pemilik sebuah Restoran di Pekan Sungai Besar. Beliau bertanggungjawab membantu keluarganya menguruskan dan membantu perusahaan tersebut dan mempromosikan restoran ini. Restoran yang mula beroperasi dari tahun 2014 dan milik ibu dan ayahnya yang menjual pelbagai jenis masakan pantai timur dan masakan panas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Hafiz tidak mempunyai platform untuk mempromosikan Restorannya, beliau hanya fokus kepada pelanggan yang hadir dari dalam dan luar kawasan. Selepas tamat SPM, Hafiz mula datang ke Pusat Internet Sg Haji Dorani bersama rakan-rakannya dan mula melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan dan penglibatan Hafiz dengan Pusat Internet Sg Haji Dorani, Hafiz mula menghadiri kelas keusahawanan dan mula belajar cara mempromosikan Restoran di laman sosial dengan tunjuk ajar petugas.
USAHAWAN AGRO DAN KEDAI MAKAN
Nama : Mohd Zamferdaus Bin Ahmad Pakeh
Umur : 39 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
D’Hentian Mangga Zams Agro yang mula beroperasi dari tahun 1996 yang hanya bermula dari ladang buah mangga, kemudian mula berkembang pada tahun 2001 membuka kedai buah, mula menyertai GBBS dibawah FAMA pada 2017 dan terkini menambahbaik dengan menambah kedai makan yang menjual pelbagai antaranya Nanas, Mangga, Tembikai Susu, Burger. Waffle, Biskut, Kerepek, Durian Crepe, Cocont Shake dan antara best seller di kedai ini adalah Mee Udang Galah. Selain membuka kedai buah dan kedai makan, Zams Agro juga membekalkan buah buahan kepada pemborong dari seluruh negeri. Selain itu Zams Agro juga membuka Homestay dan menjual buah buahan dia Expo Sg Besar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 – RM2500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sg Haji Dorani, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan Aplikasi Dashboard Komuniti yang dapat mempromosikan kedai makanan beliau. Pelanggan beliau kini terdiri daripada pnduduk sekitar dan juga luar kawasan yang mana mereka mengetahui kedai beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000-3000.
USAHAWAN KEDAI MAKAN
Nama : Mohd Hafizuddin Bin Nasaruddin
Umur : 17 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Restoran yang mula beroperasi dari tahun 2014 dan milik ibu dan ayahnya, beliau membantu mengusahakan dan mempromosi restoran yang menjual pelbagai jenis masakan pantai timur dan masakan panas lain antaranya Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Penyet, Nasi Lemak, Nasi Berlauk, Masakan panas dan banyak lagi. Waktu operasi restoran ini adalah dari jam 7.30 pagi – 2.30 petang yang menjual makanan sarapan, makanan pantai timur serta nasi berlauk manakala kedai tutup sebentar dan buka semula pada jam 5.00 petang – 10.00 malam yang menjual ayam penyet, masakan panas, tomyam dan banyak lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 – RM3000 sahaja sebulan dan pelanggan terdiri daripada penduduk sekitar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sg Haji Dorani, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan slot Dashboard Komuniti (Myshop)yang dapat mempromosikan kedai dan menu makanan beliau. Pelanggan beliau kini terdiri daripada pnduduk sekitar dan juga luar kawasan yang mana mereka mengetahui kedai beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000-4000.
KELAS KEMAHIRAN ADOBE
Nama : Mohammad Hafizul Akmal Bin Abdul Hamid
Umur : 19 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Hafizul seorang pelajar sekolah sejak 5 tahun lalu dan kini telah menyambung pelajaran ke peringkat IPTA.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tiada kemahiran menggunakan perisian Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mahir menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Illustrator. Kini beliau menjadi exco akademik dan intelektual UM dan mahir berkenaan multimedia dan boleh mengambil upah design.
Sub-kategori
Keusahawanan
USAHAWAN ANEKA KEK DAN BISKUT
Puan Siti Salasiah Binti Ahmad atau lebih mesra dipanggil Kak Siti adalah seorang usahawan aneka kek dan biskut sejak dari tahun 2016. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada April 2017. Beliau mula mempelajari teknik pemasaran atas talian dan mempertingkatkan mutu masakan dari segi resipi dan bakat melalui internet diatas bantuan petugas Pusat Internet Kg Sg Haji Dorani.
Berikut merupakan temuramah bersama beliau.
Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda.
"mulanya saya tidak mahir untuk menggunakan teknologi dalam memajukan perniagaan saya. Hasil daripada pengajaran dan pembelajaran di PI, banyak membantu meningkatkan hasil jualan dan pendapatan saya.
Kemudahan internet yang disediakan oleh PI banyak membantu saya mencari resepi baru dan produk terkini.
Selain itu, saya juga banyak mempelajari teknik pembuatan kek melalui youtube dan mencari maklumat sebagai persediaan untuk mengendalikan kursus atau seminar.
Sehingga kini saya masih mendapat tunjuk ajar daripada petugas untuk menambahkan kemahiran bagi memajukan lagi perniagaan yang sebar mencabar."
Gambar: Petugas memberi tunjuk ajar cara mengemaskini maklumat di Facebook Puan Salasiah.
Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.
"Internet mengajar saya tentang dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari. Ia banyak membantu meningkatkan kemahiran masakan saya
Sebelum ini agak sukar bagi saya untuk mempromosikan produk menggunakan kaedah biasa, tidak seperti hari ini kaedah promosi produk jualan saya sangat cepat dan menjimatkan serta mendapat pulangan yang berganda
Selain itu, saya juga dapat meluaskan jaringan sosial dan berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan pembuatan kek kepada usahawan yang baru menceburi bidang ini
Kini, selain menjual produk saya juga mengadakan seminar dan kursus berkaitan pembuatan kek dan aneka biskut."
Gambar: Mempelajari kaedah pemasaran atas talian
Selain membuat Kek dan Biskut untuk dipasarkan, Puan Salasiah juga giat membuat kelas masakan untuk yang berminat.