' LAMAN TEBU AIDIL ORKID '

Sebuah lokasi yang amat sesuai untuk bersantai minum sambil menghirup udara segar sawah padi dan ladang tebu. Lokasi di sini sangat cantik dan makanan yang ditawarkan juga enak. Antara menu yang menjadi tarikan disini adalah Kepak dan Tongkeng Ayam Madu, Laksa, Nasi Lemak, Nasi Impit Ayam , Air Tebu dan buah buahan serta banyak lagi.

Kedai ini beroperasi setiap hari dari jam 3 Petang sehingga 7 Petang. Kedai ini terletak berdekatan dengan beberapa buah homestay yang popular di kawasan Sungai Haji Dorani.

' LAMAN TEBU AIDIL ORKID '
Jalan Parit 3 1/2 Sg Hj Dorani ,
45300 Sungai Besar, Selangor