USAHAWAN PENIAGA KENTANG SPRING BERPERISA

Nama : Mohd Idris Bin Sabran
Umur : 71 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

En Mohd Idris merupakan seorang peniaga Kentang Spring Berperisa dan pisang goreng panas di Pasar Sungai Haji Dorani pada setiap hari Sabtu, Ahad, Selasa, Rabu dan Jumaat. Antara Kentang Spring yang diminati ramai adalah yang berperisa bbq+thousand island+mayonis+sos. Bermula dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang tetapi kebiasaannya sebelum pukul 6 hasil jualan telah habis terjual.Beliau tidak mempunyai kedai yang tetap, hanya berlesenkan kedai sementara dengan membuka warung kecil di tepi jalan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM600 ā€“ RM800 sahaja sebulan dan pelanggan terdiri daripada penduduk sekitar.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sg Haji Dorani, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan warung kecil beliau. Pelanggan beliau kini terdiri daripada pnduduk sekitar dan juga luar kawasan yang mana menjadikan warung kecilnya menjadi tumpuan dengan promosi dan warung yang agak menarik untuk dikunjungi . Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800-RM1000.

 

IDRIS

USAHAWAN JUALAN BONET ( LEGO MINI FIGURE)

Nama : Hafiz Bin Saari
Umur : 33 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Bermula pada tahun 2015 hanya sebagai pengumpul koleksi  Lego mini figure.Lama kelamaan hobi menjadi idea bisnes secara sambilan sejak menyertai jualan car boot sale anjuran Plaza Mara Sungai Besar yang di adakan setiap Sabtu dan Ahad setiap minggu.Lego mini figure mempunyai peminatnya yang tersendiri dan tidak mengira peringkat umur sama ada dewasa mahu pun kanak-kanak.Perniagaan ini tidak melibatkan risiko kerugian yang tinggi kerana barang tiada tarikh luput dan ia juga adalah sebahagian daripada hobi.Cabaran dalam menjalankan perniagaan ini adalah kekangan dari segi masa kerana terpaksa membahagikan masa antara kerja-kerja pertanian ,pendawaian elektrik dan berniaga.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pelanggan adalah dari kalangan penduduk setempat yang mengunjungi Car boot sale di Plaza Mara Sg Besar dan pendapatan bulanan hanya sekitar RM 500 ā€“ RM 800.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pelanggan dari luar kawasan daerah sudah mula mengenali dan membeli barangan secara online.Pendapatan bulanan meningkat kepada RM 1500 ā€“ RM 2000.   

 

HAFIZ

Disebabkan Pusat Internet Kg. Sg Haji Dorani baru sahaja beroperasi, kisah kejayaan akan di update kemudian.

Sub-kategori

USAHAWAN ANEKA KEK DAN BISKUT

 

Puan Siti Salasiah Binti Ahmad atau lebih mesra dipanggil Kak Siti adalah seorang usahawan aneka kek dan biskut sejak dari tahun 2016. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada April 2017. Beliau mula mempelajari teknik pemasaran atas talian dan mempertingkatkan mutu masakan dari segi resipi dan bakat melalui internet diatas bantuan petugas Pusat Internet Kg Sg Haji Dorani.

Berikut merupakan temuramah bersama beliau.

Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda.

"mulanya saya tidak mahir untuk menggunakan teknologi dalam memajukan perniagaan saya. Hasil daripada pengajaran dan pembelajaran di PI, banyak membantu meningkatkan hasil jualan dan pendapatan saya.

Kemudahan internet yang disediakan oleh PI banyak membantu saya mencari resepi baru dan produk terkini.

Selain itu, saya juga banyak mempelajari teknik pembuatan kek melalui youtube dan mencari maklumat sebagai persediaan untuk mengendalikan kursus atau seminar.

Sehingga kini saya masih mendapat tunjuk ajar daripada petugas untuk menambahkan kemahiran bagi memajukan lagi perniagaan yang sebar mencabar."

3

Gambar: Petugas memberi tunjuk ajar cara mengemaskini maklumat di Facebook Puan Salasiah.

 

Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.

"Internet mengajar saya tentang dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari. Ia banyak membantu meningkatkan kemahiran masakan saya

Sebelum ini agak sukar bagi saya untuk mempromosikan produk menggunakan kaedah biasa, tidak seperti hari ini kaedah promosi produk jualan saya sangat cepat dan menjimatkan serta mendapat pulangan yang berganda

Selain itu, saya juga dapat meluaskan jaringan sosial dan berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan pembuatan kek kepada usahawan yang baru menceburi bidang ini

Kini, selain menjual produk saya juga mengadakan seminar dan kursus berkaitan pembuatan kek dan aneka biskut."

 

4

Gambar: Mempelajari kaedah pemasaran atas talian

 

Selain membuat Kek dan Biskut untuk dipasarkan, Puan Salasiah juga giat membuat kelas masakan untuk yang berminat.

2

1