Kisah Kejayaan  : Ikan Kenas Segar

1

Latar belakang

Encik Nashrudin adalah salah seorang peniaga di Bazar Dorani Perdana. Beliau menjual hasil laut yang segar. Beiau juga mempunyai sebuah kedai runcit bersama denganrakan bsnesnya. Encik Nashrudin kerap mengikuti kelas di PIK sungai Haji Dorani antaranya kelas pengurusan kewangan menggunakan Microsoft Excel dan kelas Pemasaran melalui Facebook Live serta Youtube Channel. Beliau juga aktif mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PIK sebelum Covid-19 melanda.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Menjalankan perniagaan secara offline yang hanya terbuka kepada warga tempatan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penglibatan beliau dalam kelas ICT di PIK, beliau mula memasarkan hasil laut beliau melalui platform online iaitu Facebook Page dan Youtube Channel. 

Apa yang dipelajari melalui PIK

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Youtube
  • Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • Mempelajari cara mengambil order melalui FB
  • Mempelajari skill komunikasi bersama pelanggan.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mempromosikan produk

  • Memberi kelas tambahan tentang teknik pemasaran atas talian dan luar talian serta memberikan latihan komunikasi bersama pelanggan.

Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan hasil laut yang segar boleh la datang ke gerai beliau di Bazaar Dorani Perdana. Boleh juga melawat ke laman Facebook Ïkan Kenas Segar bagi sebarang update tentang hasil laut yang dijual, boleh juga menempah secara atas talian. Selain itu untuk lebih pengalaman tentang hasil laut boleh ke Youtube Channel beliau Tok Buana Channel.

 

 

Keusahawanan Mingguan

D’Hentian Mangga Zams Agro yang mula beroperasi dari tahun 1996 yang hanya bermula dari ladang buah mangga, kemudian mula berkembang pada tahun 2001 membuka kedai buah, mula menyertai GBBS dibawah FAMA pada 2017 dan terkini menambahbaik dengan menambah kedai makan yang menjual pelbagai antaranya Nanas, Mangga, Tembikai Susu, Burger. Waffle, Biskut, Kerepek, Durian Crepe, Cocont Shake dan antara best seller di kedai ini adalah Mee Udang Galah. Selain membuka kedai buah dan kedai makan, Zams Agro juga membekalkan buah buahan kepada pemborong dari seluruh negeri. Selain itu Zams Agro juga membuka Homestay dan menjual buah buahan dia Expo Sg Besar.

zams

Keusahawanan Mingguan

 

Encik Mohd Hafiz Bin Saari adalah seorang petani moden yang menanam sayuran hidroponik tanpa menggunakan racun serangga. Antara sayuran yang ditanam dan dijual adalah sawi batang putih, sawi emas, cili bara dan pak choy. Selain tanamannya yang sudah dituai dihantar ke pasar, terdapat juga pelanggan yang datang ke rumah untuk membei sendiri. Beliau juga menawarkan khidmat memasang peralatan penanaman sayuran hidroponik dari rumah ke rumah.

 Kini Encik Hafiz sudah mula menjadi penceramah bagi kursus-kursus pertanian bagi petani-petani moden yang berminat untuk menceburkan diri dalam penanaman sayuran hidroponik.
 

Keusahwanan Mingguan

Encik Lathif adalah seorang graduan lepasan IPT jurusan Pengurusan Kewangan. Mula membantu perniagaan kerepek ayahnya pada awal tahun 2020 sejak pandemic Covid-19 melanda. Kedai beliau terletak di Sg Haji Dorani dan kemudiannya ayahnya menyerahkan tugas untuk menguruskan kedai mereka. Sejak mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh PIK, Encik Lathif mula memasarkan perniagaan secara atas talian antaranya menggunakan platform Shopee dan sebagainya sesuai dengan kemajuan teknologi dan masalah pandemic yang melanda dunia. Selepas penglibatan beliau dalam kelas ICT di PI, beliau mula memasarkan produk melalui platform online iaitu Facebook Page dan Shopee.Walaupun bermula sebagai industri rumahtangga dalam jumlah pengeluaran yang agak kecil, namun banyak perusahaan makanan ringan yang kemudiannya menjadi besar atas permintaan pasaran yang terus meningkat.

118852856 2711244342420795 4093217052852746835 n

Latar Belakang

Nama : Haji Abu

Tarikh Lahir : 12 Januari 1961

Umur : 59

Pekerjaan : Kontraktor

Pendidikan : Sijil

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau tidak mengetahui cara mengisi borang/ SSM/ borang-borang kerajaan secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT beliau mula mempelajari cara mengisi borang berkaitan secara online. Beliau juga mula mengikuti kelas-kelas Microsoft supaya memudahkan beliau membuat surat dan permohonan.

Apa yang dipelajari melalui PI

Selain kemahiran ICT beliau juga tahu cara menggunakan internet secara berhemah dengan advokasi yang diberikan petugas.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-PI membantu menambah ilmu pengetahuan dan menggunakan internet dengan selamat.

-PI membantu meningatkan kemahiran menggunakan Microsoft Office dan borang Online.

Sub-kategori

USAHAWAN ANEKA KEK DAN BISKUT

 

Puan Siti Salasiah Binti Ahmad atau lebih mesra dipanggil Kak Siti adalah seorang usahawan aneka kek dan biskut sejak dari tahun 2016. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada April 2017. Beliau mula mempelajari teknik pemasaran atas talian dan mempertingkatkan mutu masakan dari segi resipi dan bakat melalui internet diatas bantuan petugas Pusat Internet Kg Sg Haji Dorani.

Berikut merupakan temuramah bersama beliau.

Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda.

"mulanya saya tidak mahir untuk menggunakan teknologi dalam memajukan perniagaan saya. Hasil daripada pengajaran dan pembelajaran di PI, banyak membantu meningkatkan hasil jualan dan pendapatan saya.

Kemudahan internet yang disediakan oleh PI banyak membantu saya mencari resepi baru dan produk terkini.

Selain itu, saya juga banyak mempelajari teknik pembuatan kek melalui youtube dan mencari maklumat sebagai persediaan untuk mengendalikan kursus atau seminar.

Sehingga kini saya masih mendapat tunjuk ajar daripada petugas untuk menambahkan kemahiran bagi memajukan lagi perniagaan yang sebar mencabar."

3

Gambar: Petugas memberi tunjuk ajar cara mengemaskini maklumat di Facebook Puan Salasiah.

 

Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.

"Internet mengajar saya tentang dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari. Ia banyak membantu meningkatkan kemahiran masakan saya

Sebelum ini agak sukar bagi saya untuk mempromosikan produk menggunakan kaedah biasa, tidak seperti hari ini kaedah promosi produk jualan saya sangat cepat dan menjimatkan serta mendapat pulangan yang berganda

Selain itu, saya juga dapat meluaskan jaringan sosial dan berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan pembuatan kek kepada usahawan yang baru menceburi bidang ini

Kini, selain menjual produk saya juga mengadakan seminar dan kursus berkaitan pembuatan kek dan aneka biskut."

 

4

Gambar: Mempelajari kaedah pemasaran atas talian

 

Selain membuat Kek dan Biskut untuk dipasarkan, Puan Salasiah juga giat membuat kelas masakan untuk yang berminat.

2

1