KELAS KEMAHIRAN MENAIP

Nama : Ahmad Hazmi Bin Ishak
Umur : 15 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

 Ahmad Hazmi Bin Ishak atau lebih mesra dengan panggilan Hazmi adalah pelajar tingkatan 2 SAM Sg Haji Dorani. Sejak memasuki sekolah menengah, Hazmi mula kerap menggunakan komputer tetapi Hazmi mempunyai masalah menaip satu persatu. Hazmi meminta tunjuk ajar petugas PI untuk membimbing cara untuk meningkatkan kemahiran menaip pantas dan cara menggunakan perisian Microsoft Office.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas kemahiran menaip pantas dan Microsoft Office, Hazmi agak lambat untuk menaip. Petugas PI mengaturkan kelas menaip pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad selepas waktu persekolahan (petang).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas menaip pantas, kemahiran menaip Hazmi semakin meningkat hasil tunjuk ajar dan bimbingan petugas. Hazmi juga boleh menggunakan aplikasi word menaip dalam bahasa jawi untuk latihan tugasan disekolah.

 

HAZMI

KELAS MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER

Nama : Muhd Nabil Naim Bin Misri
Umur : 15 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

 Muhd Nabil Naim Bin Misri  atau lebih mesra dengan panggilan Nabil adalah pelajar tingkatan 2 SAM Sg Haji Dorani. Sejak memasuki sekolah menengah, Nabil mula kerap menggunakan komputer dan mempunyai minat dalam membaikpulih perkakasan / software komputer dan meminta tunjuk ajar petugas PI untuk membimbing pembelajarannya.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum mengikuti kelas perkakasan komputer, Nabil kerap menonton cara pemasangan perkakasan komputer di PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas perkakasan komputer di PI atas bimbingan petugas Pusat Internet, Nabil semakin mengenali perkakasan dan dapat merasai pengalaman menukar perkakasan.

 

NABILNAIM

KELAS MEMBACA SECARA ONLINE

Nama : Mohd Azri Irfan Bin Kamarulhisham
Umur : 9 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Mohd Azri Irfan atau lebih dikenali dengan Azri berusia 8 tahun dan bersekolah di SK Sg Haji Dorani .Azri mempunyai masalah pembelajaran dari segi lambat untuk membaca.Azri adalah anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Sebelum PI Sg Haji Dorani dibuka, Azri agak sukar untuk pergi ke PI kerana agak jauh dari rumah beliau,namun semenjak PI Sg Haji Dorani dibuka, adalah menjadi satu bonus untuk Azri kerana lokasi PI hanya disebelah rumah dan itu memudahkan Azri untuk pergi ke PI untuk membuat pembelajaran tambahan.Cadangan untuk melakukan kelas tambahan secara online adalah dari petugas PI Sg Haji Dorani iaitu En Sarih Bin Amat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mempelajari kelas membaca secara online di PI1, Azri sering diejek oleh rakan-rakan di atas kesukarannya untuk membaca. Ini membuatkan Azri kurang keyakinan diri untuk berkawan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas membaca secara online yang diajar oleh petugas PI, Azri sudah mula menunjukkan perubahan dari segi mengenal ayat dan kelancaran untuk membaca walaupun belum sepenuhnya lancar.

AZRI

KELAS KEMAHIRAN MENAIP

Nama : Muhd Nazmi Bin Abu Bakar
Umur : 15 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

 Mohd Nazmi Bin Abu Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Nazmi adalah pelajar tingkatan 2 SMK Sungai Besar. Sejak memasuki sekolah menengah, Nazmi mula kerap menggunakan komputer tetapi Nazmi mempunyai masalah menaip satu persatu. Nazmi meminta tunjuk ajar petugas PI untuk membimbing cara untuk meningkatkan kemahiran menaip pantas dan cara-cara  membuat surat serta slide Microsoft PowerPoint.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum mengikuti kelas kemahiran menaip pantas, Nazmi agak lambat untuk menaip. Petugas PI mengaturkan kelas menaip pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad selepas waktu persekolahan (petang).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas menaip pantas, kemahiran menaip Nazmi semakin meningkat hasil tunjuk ajar dan bimbingan petugas. Petugas kerap memberikan latihan menaip surat dan pertandingan menaip pantas secara online.

 

NAZMI

USAHAWAN KEDAI MAKAN

Nama : Zainal Bin Abidin
Umur : 38 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Zainal Abidin adalah pengusaha kedai makan sepenuh masa yang menjual pelbagai jenis masakan dan  beroperasi 7 hari seminggu dari jam 6 petang sehingga 2 pagi. Menu yang terdapat di kedai En Zainal Abidin antaranya makanan bergoreng, berlauk,seafood, satay, serta western.Beliau telah memulakan operasi kedainya dari tahun 2016 dan mula mempromosikan perniagaannya melalui dalam talian iaitu Facebook, dengan bantuan Pusat Internet Sg Haji Dorani. Kedai beliau mempunyai 3 orang pekerja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 ā€“ RM1000 sahaja sebulan dan pelanggan terdiri daripada penduduk sekitar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sg Haji Dorani, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kedai dan menu makanan beliau. Pelanggan beliau kini terdiri daripada pnduduk sekitar dan juga luar kawasan yang mana mereka mengetahui kedai beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000-3000

 

ZAINAL

Sub-kategori

USAHAWAN ANEKA KEK DAN BISKUT

 

Puan Siti Salasiah Binti Ahmad atau lebih mesra dipanggil Kak Siti adalah seorang usahawan aneka kek dan biskut sejak dari tahun 2016. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada April 2017. Beliau mula mempelajari teknik pemasaran atas talian dan mempertingkatkan mutu masakan dari segi resipi dan bakat melalui internet diatas bantuan petugas Pusat Internet Kg Sg Haji Dorani.

Berikut merupakan temuramah bersama beliau.

Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda.

"mulanya saya tidak mahir untuk menggunakan teknologi dalam memajukan perniagaan saya. Hasil daripada pengajaran dan pembelajaran di PI, banyak membantu meningkatkan hasil jualan dan pendapatan saya.

Kemudahan internet yang disediakan oleh PI banyak membantu saya mencari resepi baru dan produk terkini.

Selain itu, saya juga banyak mempelajari teknik pembuatan kek melalui youtube dan mencari maklumat sebagai persediaan untuk mengendalikan kursus atau seminar.

Sehingga kini saya masih mendapat tunjuk ajar daripada petugas untuk menambahkan kemahiran bagi memajukan lagi perniagaan yang sebar mencabar."

3

Gambar: Petugas memberi tunjuk ajar cara mengemaskini maklumat di Facebook Puan Salasiah.

 

Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.

"Internet mengajar saya tentang dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari. Ia banyak membantu meningkatkan kemahiran masakan saya

Sebelum ini agak sukar bagi saya untuk mempromosikan produk menggunakan kaedah biasa, tidak seperti hari ini kaedah promosi produk jualan saya sangat cepat dan menjimatkan serta mendapat pulangan yang berganda

Selain itu, saya juga dapat meluaskan jaringan sosial dan berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan pembuatan kek kepada usahawan yang baru menceburi bidang ini

Kini, selain menjual produk saya juga mengadakan seminar dan kursus berkaitan pembuatan kek dan aneka biskut."

 

4

Gambar: Mempelajari kaedah pemasaran atas talian

 

Selain membuat Kek dan Biskut untuk dipasarkan, Puan Salasiah juga giat membuat kelas masakan untuk yang berminat.

2

1