KELAS KEMAHIRAN MENAIP

Nama : Ahmad Hazmi Bin Ishak
Umur : 15 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

 Ahmad Hazmi Bin Ishak atau lebih mesra dengan panggilan Hazmi adalah pelajar tingkatan 2 SAM Sg Haji Dorani. Sejak memasuki sekolah menengah, Hazmi mula kerap menggunakan komputer tetapi Hazmi mempunyai masalah menaip satu persatu. Hazmi meminta tunjuk ajar petugas PI untuk membimbing cara untuk meningkatkan kemahiran menaip pantas dan cara menggunakan perisian Microsoft Office.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas kemahiran menaip pantas dan Microsoft Office, Hazmi agak lambat untuk menaip. Petugas PI mengaturkan kelas menaip pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad selepas waktu persekolahan (petang).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas menaip pantas, kemahiran menaip Hazmi semakin meningkat hasil tunjuk ajar dan bimbingan petugas. Hazmi juga boleh menggunakan aplikasi word menaip dalam bahasa jawi untuk latihan tugasan disekolah.

 

HAZMI