Founder Sejadah Gebu Tebal

Nama : Muhammad Hafizul Akmal Bin Abdul Hamid
Umur : 20 Tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Hafizul Akmal merupakan seorang mahasiswa yang masih menuntut dalam peringkan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya. Seorang anak muda yang aktif dan kreatif serta mempunyai wawasan yang tinggi untuk berjaya dalam hidup.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Hafizul telah terpilih sebagai Success Story Celik IT pada tahun 2019. Belia telah mahir menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Illustrator. Bekerja sebagai promoter di sebuah kedai menjual produk kecantikan banyak memberikan kelebihan apabila rekabentuk poster yang dihasilkan mampu menarik pelanggan yang ramai. Kemahiran membuat video juga menjadi satu kelebihan baginya. Purata pendapatan beliau adalah dari RM700 – RM900 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengalaman dan keyakinan tinggi dalam mempromosikan produk jualan telah membantu beliau untuk mencapai target jualan yang sangat memuaskan. Kerajinan untuk terus menimba ilmu daripada orang yang telah berjaya menjadikan beliau berkeyakinan untuk membuka syarikat dan menjual produk sendiri. Purata pendapatan bersih beliau kini antara RM1,000 – RM1,500 sebulan.

Usahawan Online (Shoppee)

Nama : Nazri Bin Butasir
Umur : 38 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Encik Nazri adalah seorang usahawan online Shoppe sejak tahun 2018. Beliau menjual pelbagai barangan keperluan rumah,diri, kereta dan banyak lagi. Bermula dengan hanya menjual beberapa barangan sahaja dan kini beliau telah berjaya menjual 250 produk dengan menggunakan platform shopee.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau terlibat dengan kelas pemasaran dan kelas kewangan di PI, beliau kurang berkeyakinan untuk berniaga dalam talian. Purata pendapatan beliau adalah dari RM200 – RM300 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau secara konsisten mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI, beliau mula menunjukkan hasil yang positif dalam pemasaran dan perniagaannya.Purata pendapatan bersih beliau kini antara RM500 – RM800 sebulan.

Kemahiran Menggunakan Komputer

Nama : Nur Yusmia Hanani Binti Yusoff
Umur : 9 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

 Pelajar SK Sungai Haji Dorani yang mesra dipanggil Yusmia adalah pelajar tahun 3 sekolah tersebut. Yusmia hadir ke Pusat Internet setelah menjadi ahli emas selama setahun berminat untuk mempelajari cara menggunakan komputer dan internet secara praktikal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum mengikuti kelas ICT, Yusmia tidak tahu cara menggunakan perkakasan komputer seperti tetikus dan papan kekunci. Petugas menerangkan secara mendalam tentang kegunaan kedua-duanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT Yusmia telah mula mengenali kegunaan tetikus dan papan kekunci dan mula belajar menaip menggunakan perisian Microsoft Word dan Yusmia konsisten hadir setiap minggu ni PI untuk pembelajaran berterusan.

USAHAWAN KEDAI MAKAN KECIL-KECILAN

 

Nama  : Kedai Makan Mee Kari Udang Lipan / Nur Fatihah Bt Muhammad Saad

Umur    : 22 Tahun

Ahli      : 2017

 

Latar belakang

Nur Fatihah atau lebih mesra disapa Tiha memulkan perniagaan pada awal tahun 2012. Kedai makan beiau menjadi viral kerana menu utama adalah berasaskan udang lipan seperti mee kari udang lipan dan udang lipan goring. Antara menu lain yang agak popular di kedai makan beliau adalah Satay, Nasi Ayam serta makanan bergoreng yang lain. Waktu operasi kedai adalah dari jam 12.30 tengahhari hingga 10.30 malam

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau terlibat dengan kelas ICT di PI, beliau hanya mempunyai target customer dikalangan warga Sungai Besar dan Kampung Sungai Haji Dorani sahaja. Pendapatan beliau mencecah RM2000 sebulan. Pekerja kedai tersebut juga terdiri dikalangan ahli keluarga sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dalam kelas ICT di PI, beiau mula mempromosikan kedai makan beliau dengan kekuatan menu utama yang berasaskan udang lipan di laman-laman sosial hasil daripada mengikuti kelas kelas pemasaran dan pengurusan kewangan oleh petugas PI. Beliau juga sudah mula menggajikan pekerja. Pendapatan beliau kini mencecah RM4000 sebulan dengan pertambahan pelanggan yang terdiri dari golongan luar pekan dan dalam.

 

AMA Catering Services

Nama : Mohd Mazlan Bin Hasan
Umur : 30 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Bermula dengan tempahan makanan kecil-kecilan seperti jamuan hari jadi, jamuan mesyuarat dan sebagainya, Mazlan mula mengembangkan tempahan makanannya kepada satu skala yang lebih luas seperti jamuan makan kenduri, penggambaran, jamuan program dan lain-lain. Mazlan bersama abangnya Mohd Fuad bersama membuka perusahaan ini sebagai business partner sejak awal tahun 2019 dan mula mengembang.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mengambil tempahan kecil kecilan yang hanya melibatkan lebih kurang 40-50 orang sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mengambilan tempahan berskala besar yang melibatkan lebih kurang 500-1000 orang dengan cara pemasaran yang telah diberi tunjuk ajar oleh petugas PI

Sub-kategori

USAHAWAN ANEKA KEK DAN BISKUT

 

Puan Siti Salasiah Binti Ahmad atau lebih mesra dipanggil Kak Siti adalah seorang usahawan aneka kek dan biskut sejak dari tahun 2016. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada April 2017. Beliau mula mempelajari teknik pemasaran atas talian dan mempertingkatkan mutu masakan dari segi resipi dan bakat melalui internet diatas bantuan petugas Pusat Internet Kg Sg Haji Dorani.

Berikut merupakan temuramah bersama beliau.

Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda.

"mulanya saya tidak mahir untuk menggunakan teknologi dalam memajukan perniagaan saya. Hasil daripada pengajaran dan pembelajaran di PI, banyak membantu meningkatkan hasil jualan dan pendapatan saya.

Kemudahan internet yang disediakan oleh PI banyak membantu saya mencari resepi baru dan produk terkini.

Selain itu, saya juga banyak mempelajari teknik pembuatan kek melalui youtube dan mencari maklumat sebagai persediaan untuk mengendalikan kursus atau seminar.

Sehingga kini saya masih mendapat tunjuk ajar daripada petugas untuk menambahkan kemahiran bagi memajukan lagi perniagaan yang sebar mencabar."

3

Gambar: Petugas memberi tunjuk ajar cara mengemaskini maklumat di Facebook Puan Salasiah.

 

Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.

"Internet mengajar saya tentang dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari. Ia banyak membantu meningkatkan kemahiran masakan saya

Sebelum ini agak sukar bagi saya untuk mempromosikan produk menggunakan kaedah biasa, tidak seperti hari ini kaedah promosi produk jualan saya sangat cepat dan menjimatkan serta mendapat pulangan yang berganda

Selain itu, saya juga dapat meluaskan jaringan sosial dan berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan pembuatan kek kepada usahawan yang baru menceburi bidang ini

Kini, selain menjual produk saya juga mengadakan seminar dan kursus berkaitan pembuatan kek dan aneka biskut."

 

4

Gambar: Mempelajari kaedah pemasaran atas talian

 

Selain membuat Kek dan Biskut untuk dipasarkan, Puan Salasiah juga giat membuat kelas masakan untuk yang berminat.

2

1