AMA Catering Services

Nama : Mohd Mazlan Bin Hasan
Umur : 30 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Bermula dengan tempahan makanan kecil-kecilan seperti jamuan hari jadi, jamuan mesyuarat dan sebagainya, Mazlan mula mengembangkan tempahan makanannya kepada satu skala yang lebih luas seperti jamuan makan kenduri, penggambaran, jamuan program dan lain-lain. Mazlan bersama abangnya Mohd Fuad bersama membuka perusahaan ini sebagai business partner sejak awal tahun 2019 dan mula mengembang.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mengambil tempahan kecil kecilan yang hanya melibatkan lebih kurang 40-50 orang sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mengambilan tempahan berskala besar yang melibatkan lebih kurang 500-1000 orang dengan cara pemasaran yang telah diberi tunjuk ajar oleh petugas PI

Jamu Persona Dara

Nama : Zahari Bin Abdul Samad
Umur : 49 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Ibu beliau telah mengusahakan jamu secara kecil-kecilan sejak dahulu lagi. Komitmen kerja di bandar menyebabkan beliau tiada masa untuk membantu perniagaan jamu milik ibunya. Demi menjaga ibunya yang sakit, beliau terpaksa berhenti kerja di bandar. Walaupun ketika ibunya kurang sihat, perniagaan jamu masih mendapat permintaan. Justeru, beliau terfikir untuk meneruskan perniagaan ibunya demi mencari pendapatan sampingan selepas tinggal bersama ibunya di kampung.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Jualan produk secara tradisional dengan cara pelanggan datang ke rumah untuk membeli jamu. Sekadar mencari pendapatan sampingan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penjenamaan semula produk Jamu Personadara dengan rekabentuk promosi yang lebih menarik dan bantuan petugas Pusat Internet banyak meningkatkan keyakinan pengguna dan jualan produk tersebut.

Kemahiran Adobe Photoshop dan Illustrator

Nama : Muhd Nabil Eman Bin Mohd Azman
Umur : 19 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Muhd Nabil Eman Bin Muhd Azman atau lebih gemar dipanggil Nabil seorang pelajar lepasan SPM dan kini telah menyambung pelajaran ke Kolej Komuniti Sabak Bernam dalam bidang Kejuruteran Elektrik. Nabil mempunyai minat dalam membuat design bunting dan poster dan beliau mula mengikuti kelas di Pusat Internet Sg Hj Dorani dengan bimbingan petugas PI.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tiada kemahiran menggunakan perisian Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mahir menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Illustrator. Kini beliau membuat part time design bunting dan poster.

 

Kemahiran Menggunakan Komputer

Nama : Tuan Haji Punari Bin Pingi
Umur : 72 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Haji Punari merupakan seorang pesara dan warga emas yang mahir dalam menggunakan teknologi dan perisian komputer. Masa persaraan banyak dihabiskan dengan aktiviti melancong ke luar negara bersama keluarganya. Sentiasa komited dan istikomah dalam mempelajari bahasa asing walaupun kadang kala mengalami kesukaran untuk menguasai dan memahami makna setiap perkataan baru yang di pelajari.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau banyak menggunakan telefon pintar untuk mempelajari dan meningkatkan kemahiran berkaitan ilmu persilatan. Paparan video di skrin yang kecil menyebabkan beliau sering hadir ke Pusat Internet untuk melayari dan memuat turun video di youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran untuk menguasai pelbagai bahasa saya telah meningkat dan setiap kali merancang untuk ke luar negara saya akan ke Pusat Internet untuk mempelajari Bahasa negara yang akan dilawati. Perkhidmatan kemudahan di Pusat Internet sangat selesa di mana saya dapat belajar tanpa gangguan.

USAHAWAN MINUMAN BOTOL BERPERISA

Nama : Mohamad Arif Bin Mohamed Kasim
Umur : 25 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Muhd Arif Bin Muhd Kasim atau lebih gemar dipanggil Arif kini giat meniaga minuman botol berperisa yang keluar dengan hanya 2 perisa iaitu Tiramisu dan Greentea. Beliau mula mendapat idea untuk meniaga minuman botol ini selepas berkahwin pada awal bulan 2018 untuk menambah pendapatan. Arif bekerja sebagai Juruteknik di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam. Beliau meniaga minuman botol ini secara COD di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam dan Sekincan dan mempromosikan di Whatsapp, Twitter dan Facebook.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau terlibat dengan kelas ICT di PI, beliau hanya mempromosikan melalui whatsapp dan design sticker pada botol minuman juga berdasarkan template yang berada di google.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dalam kelas ICT di PI, Arif mula belajar untuk mereka sendiri sticker pada botol dengan menggunakan Adobe Photoshop atas bimbingan petugas serta petugas juga mengajar cara mempromosikan di laman-laman sosial yang ada memandangkan Arif mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Twitter dan itu adalah satu kelebihan Arif untuk mempromosikan di laman sosial. Petugas juga membantu memberikan latihan komunikasi bersama pelanggan.Pendapatan beliau juga bertambah dan mendapat pelanggan tetap.

 

Arep

Sub-kategori

USAHAWAN ANEKA KEK DAN BISKUT

 

Puan Siti Salasiah Binti Ahmad atau lebih mesra dipanggil Kak Siti adalah seorang usahawan aneka kek dan biskut sejak dari tahun 2016. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada April 2017. Beliau mula mempelajari teknik pemasaran atas talian dan mempertingkatkan mutu masakan dari segi resipi dan bakat melalui internet diatas bantuan petugas Pusat Internet Kg Sg Haji Dorani.

Berikut merupakan temuramah bersama beliau.

Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda.

"mulanya saya tidak mahir untuk menggunakan teknologi dalam memajukan perniagaan saya. Hasil daripada pengajaran dan pembelajaran di PI, banyak membantu meningkatkan hasil jualan dan pendapatan saya.

Kemudahan internet yang disediakan oleh PI banyak membantu saya mencari resepi baru dan produk terkini.

Selain itu, saya juga banyak mempelajari teknik pembuatan kek melalui youtube dan mencari maklumat sebagai persediaan untuk mengendalikan kursus atau seminar.

Sehingga kini saya masih mendapat tunjuk ajar daripada petugas untuk menambahkan kemahiran bagi memajukan lagi perniagaan yang sebar mencabar."

3

Gambar: Petugas memberi tunjuk ajar cara mengemaskini maklumat di Facebook Puan Salasiah.

 

Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.

"Internet mengajar saya tentang dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari. Ia banyak membantu meningkatkan kemahiran masakan saya

Sebelum ini agak sukar bagi saya untuk mempromosikan produk menggunakan kaedah biasa, tidak seperti hari ini kaedah promosi produk jualan saya sangat cepat dan menjimatkan serta mendapat pulangan yang berganda

Selain itu, saya juga dapat meluaskan jaringan sosial dan berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan pembuatan kek kepada usahawan yang baru menceburi bidang ini

Kini, selain menjual produk saya juga mengadakan seminar dan kursus berkaitan pembuatan kek dan aneka biskut."

 

4

Gambar: Mempelajari kaedah pemasaran atas talian

 

Selain membuat Kek dan Biskut untuk dipasarkan, Puan Salasiah juga giat membuat kelas masakan untuk yang berminat.

2

1