USAHAWAN KEREPEK TEMPATAN
Nama : Maimon Binti Ibrahim
Umur : 69 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Puan Maimon Bt Ibrahim atau lebih gemar dipanggil Nek Mon menjual keropok buatan sendiri iaitu Keropok Peria Pedas dan Kuih Loyang serta Tepung Serbaguna (FRC) hasil buatan anak tempatan. Nek Mon baru memulakan bisnes ini sejak dari hujung tahun 2018 kerana minat. Nek Mon hadir setiap hari ke Pusat Jagaan Warga Emas bersama rakan-rakan supaya lebih aktif dan mula untuk berniaga atas saranan rakan-rakannya. Nek Mon telah datang ke Pusat Internet Sg Haji Dorani untuk menjual keropoknya dan petugas menawarkan inisiatif untuk mempromosikan keropoknya ke platform yang lebih mudah selain dari meniaga dari rumah ke rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan Nek Mon dengan PI, Nek Mon meniaga keropok dari rumah ke rumah dan melibatkan kos pengangkutan. Jualan juga tidak menentu kerana tidak semua rumh atau tempat yang dikunjunginya akan membeli.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan Nek Mon dengan PI dan atas saranan petugas untuk mempromosikan perniagaannya dia media sosial, Nek Mon kini kurang berkunjung dari satu tempat ke satu tempat kerana sesetengah pembeli membuat tempahan dari online sahaja dan Nek Mon hanya keluar menghantar apabila ada pembelian.