Latar Belakang
Nama : Siti Hasya Binti Saari
Tarikh Lahir : 22 Februari 1987
Umur : 33
Pekerjaan : Guru & Usahawan Makanan
Pendidikan : Sarjana Muda
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli PI, beliau hanya menjual roti yang dihantar dari sekolah ke sekolah setiap minggu. Target jualan mereka hanyalah secara offline dan hanya meliputi kawasan setempat. Pendapatan mereka dianggarkan lebih kurang RM400 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan beliau dalam kelas ICT di PI, beliau mula memasarkan produk melalui platform online iaitu Facebook Page. Mereka juga mula memasarkan Pizza sebagai produk utama mereka memandang produk itu lebih memdapat permintaan tertinggi secara online. Anggaran pendapatan adalah dalam RM1000 sebulan.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp, Twitter.
- Mempelajari Ms. Office (Ms Excel) bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB,Twitter dan Whatsapp.
- Mempelajari skill komunikasi bersama pelanggan
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan tentang teknik pemasaran atas talian dan luar talian serta memberikan latihan komunikasi bersama pelanggan.
Latar Belakang
Nama : Muhammad Lathif Bin Nazrul
Tarikh Lahir : 24 Jun 1999
Umur : 21
Pekerjaan : Usahawan Makanan (Pelbagai Jenis Kerepek)
Pendidikan : Diploma
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menjalankan perniagaan pelbagai jenis kerepek secara offline iaitu di kedai sahaja. Walaupun ubi kayu nampaknya seperti makanan kelas bawahan, namun pembuatan kerepek ubi kayu dengan perisa yang lebih unik boleh menaikkan kelas kerepek ubi kayu sehingga ia berupaya menembus pasaran pembeli makanan ringan kelas atasan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan beliau dalam kelas ICT di PI, beliau mula memasarkan produk melalui platform online iaitu Facebook Page dan Shopee.Walaupun bermula sebagai industri rumahtangga dalam jumlah pengeluaran yang agak kecil, namun banyak perusahaan makanan ringan yang kemudiannya menjadi besar atas permintaan pasaran yang terus meningkat.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp, Twitter.
- Mempelajari Ms. Office (Ms Excel) bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB,Twitter dan Whatsapp.
- Mempelajari skill komunikasi bersama pelanggan
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan tentang teknik pemasaran atas talian dan luar talian serta memberikan latihan komunikasi bersama pelanggan.
Keusahawanan Mingguan : Misha Enterprise (Gerai Wak Musa- Laksa Meleleh)
Geri Wak Musa dimiliki oleh seorang penduduk tempatan Kampung Sungai Haji Dorani iaitu Encik Musa Bin Omar dan isterinya. Mula berniaga dari tahun 2014 sehingga sekarang (2020) bermula dengan meniaga secara kecil kecilan di tepi jalan sehingga berjaya membuka kedai makan di salah sebuah kedai Pasar Awam Bazaar Dorani Perdana Sungai Haji Dorani. Antara makanan yang dijual adalah pelbagai kuih muih, pelbagai Mee Mihun, air pelbagai perisa, nasi lemak, nasi berlauk, makanan panas roti canai dan banyak lagi. Waktu operasi perniagaan adalah dari jam 10 Pagi sehingga 7 Malam setiap hari dan hanya bercuti pada hari Jumaat.
Keusahawanan Mingguan : Restoran Kak Mie
Restoran Kak Mie dimiliki oleh seorang Kisah Kejayaan PIK Sungai Haji Dorani (2019). Restoran yang mula beroperasi dari tahun 2014 dan milik ibu dan ayahnya, beliau membantu mengusahakan dan mempromosi restoran yang menjual pelbagai jenis masakan pantai timur dan masakan panas lain antaranya Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Penyet, Nasi Lemak, Nasi Berlauk, Masakan panas dan banyak lagi. Waktu operasi restoran ini adalah dari jam 7.30 pagi ā 2.30 petang yang menjual makanan sarapan, makanan pantai timur serta nasi berlauk manakala kedai tutup sebentar dan buka semula pada jam 5.00 petang ā 10.00 malam yang menjual ayam penyet, masakan panas, tomyam dan banyak lagi. Kini bermula dari PKP 2020, Restoran beliau mula menjalankan perniagan secara penghantaran dalam usaha menambah pendapatan semasa wabak pandemik covid-19.
Latar Belakang
Nama : Hamim Najmi Bin Hamdan
Tarikh Lahir : 23 April 1990
Umur : 30
Pekerjaan : Usahawan & Personal Coaching
Pendidikan : Diploma in Information Technology
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas SPM, pernah bekerja sebagai seorang Jurupam di Petronas tempat tinggal. Beberapa bulan kemudian, ditugaskan pula untuk menjadi cashier di stesen minyak tersebut. Sejak 2008 lagi, sudah banyak kali menempuh jatuh bangun dalam dunia perniagaan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, beliau fokus menjalankan perniagaan internet dari rumah secara sepenuh masa. Dan dalam masa yang sama, sedang giat membangunkan beberapa projek khas untuk memudahkan usahawan internet.Berkemahiran dalam pembinaan laman web, blogging, reka bentuk grafik, media sosial marketing, dan apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan internet.Aktif di kebanyakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan Google Plus.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp, Twitter.
- Mempelajari Ms. Office (Ms Excel) bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB,Twitter dan Whatsapp.
- Mempelajari skill komunikasi bersama pelanggan
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan tentang teknik pemasaran atas talian dan luar talian serta memberikan latihan komunikasi bersama pelanggan.
Sub-kategori
Keusahawanan
USAHAWAN ANEKA KEK DAN BISKUT
Puan Siti Salasiah Binti Ahmad atau lebih mesra dipanggil Kak Siti adalah seorang usahawan aneka kek dan biskut sejak dari tahun 2016. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada April 2017. Beliau mula mempelajari teknik pemasaran atas talian dan mempertingkatkan mutu masakan dari segi resipi dan bakat melalui internet diatas bantuan petugas Pusat Internet Kg Sg Haji Dorani.
Berikut merupakan temuramah bersama beliau.
Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda.
"mulanya saya tidak mahir untuk menggunakan teknologi dalam memajukan perniagaan saya. Hasil daripada pengajaran dan pembelajaran di PI, banyak membantu meningkatkan hasil jualan dan pendapatan saya.
Kemudahan internet yang disediakan oleh PI banyak membantu saya mencari resepi baru dan produk terkini.
Selain itu, saya juga banyak mempelajari teknik pembuatan kek melalui youtube dan mencari maklumat sebagai persediaan untuk mengendalikan kursus atau seminar.
Sehingga kini saya masih mendapat tunjuk ajar daripada petugas untuk menambahkan kemahiran bagi memajukan lagi perniagaan yang sebar mencabar."
Gambar: Petugas memberi tunjuk ajar cara mengemaskini maklumat di Facebook Puan Salasiah.
Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.
"Internet mengajar saya tentang dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari. Ia banyak membantu meningkatkan kemahiran masakan saya
Sebelum ini agak sukar bagi saya untuk mempromosikan produk menggunakan kaedah biasa, tidak seperti hari ini kaedah promosi produk jualan saya sangat cepat dan menjimatkan serta mendapat pulangan yang berganda
Selain itu, saya juga dapat meluaskan jaringan sosial dan berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan pembuatan kek kepada usahawan yang baru menceburi bidang ini
Kini, selain menjual produk saya juga mengadakan seminar dan kursus berkaitan pembuatan kek dan aneka biskut."
Gambar: Mempelajari kaedah pemasaran atas talian
Selain membuat Kek dan Biskut untuk dipasarkan, Puan Salasiah juga giat membuat kelas masakan untuk yang berminat.