Latar Belakang

Nama : Ahmad Noh Bin Mohd Desa

Tarikh Lahir : 12 Januari 2001

Umur : 19

Pekerjaan : Pelajar

Pendidikan : Diploma Pelancongan (Politeknik Kuantan)

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum mengikuti kelas ICT, Noh tidak tahu cara menyunting video yang diambil menggunakan telefon. Beliau hanya belajar secara online cara menyunting video tetapi tidak dapat mempraktikkan 100% tanpa bantuan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT Noh mula mempelajari cara menyunting video dengan kreatif dengan bantuan petugas PI. Petugas juga memberikan tips tips teknik menyunting video dan aplikasi-aplikasi yang menarik dan mudah untuk digunakan untuk menyunting video dan ini memudahkan beliau untuk membuat tugasan kerja yang pensyarahnya berikan secara online.

Apa yang dipelajari melalui PI

Selain kemahiran menyunting video, beliau juga telah mula belajar teknik berlakon atau membuat jalan cerita bagi sesuatu video. Beiau juga tahu cara menggunakan internet secara berhemah dengan advokasi yang diberikan petugas. Beliau juga kini menjadi salah seorang Sukarelawan MIV 2020. 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-PI membantu menambah ilmu pengetahuan dan menggunakan internet dengan selamat.

-PI membantu meningatkan kemahiran menyunting video