Latar Belakang
Nama : Siti Hasya Binti Saari
Tarikh Lahir : 22 Februari 1987
Umur : 33
Pekerjaan : Guru & Usahawan Makanan
Pendidikan : Sarjana Muda
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli PI, beliau hanya menjual roti yang dihantar dari sekolah ke sekolah setiap minggu. Target jualan mereka hanyalah secara offline dan hanya meliputi kawasan setempat. Pendapatan mereka dianggarkan lebih kurang RM400 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan beliau dalam kelas ICT di PI, beliau mula memasarkan produk melalui platform online iaitu Facebook Page. Mereka juga mula memasarkan Pizza sebagai produk utama mereka memandang produk itu lebih memdapat permintaan tertinggi secara online. Anggaran pendapatan adalah dalam RM1000 sebulan.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp, Twitter.
- Mempelajari Ms. Office (Ms Excel) bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB,Twitter dan Whatsapp.
- Mempelajari skill komunikasi bersama pelanggan
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan tentang teknik pemasaran atas talian dan luar talian serta memberikan latihan komunikasi bersama pelanggan.