Keusahawanan Mingguan : Misha Enterprise (Gerai Wak Musa- Laksa Meleleh)
Geri Wak Musa dimiliki oleh seorang penduduk tempatan Kampung Sungai Haji Dorani iaitu Encik Musa Bin Omar dan isterinya. Mula berniaga dari tahun 2014 sehingga sekarang (2020) bermula dengan meniaga secara kecil kecilan di tepi jalan sehingga berjaya membuka kedai makan di salah sebuah kedai Pasar Awam Bazaar Dorani Perdana Sungai Haji Dorani. Antara makanan yang dijual adalah pelbagai kuih muih, pelbagai Mee Mihun, air pelbagai perisa, nasi lemak, nasi berlauk, makanan panas roti canai dan banyak lagi. Waktu operasi perniagaan adalah dari jam 10 Pagi sehingga 7 Malam setiap hari dan hanya bercuti pada hari Jumaat.