Latar Belakang

Nama : Muhammad Lathif Bin Nazrul

Tarikh Lahir : 24 Jun 1999

Umur : 21

Pekerjaan : Usahawan Makanan (Pelbagai Jenis Kerepek)

Pendidikan : Diploma

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menjalankan perniagaan pelbagai jenis kerepek secara offline iaitu di kedai sahaja. Walaupun ubi kayu nampaknya seperti makanan kelas bawahan, namun pembuatan kerepek ubi kayu dengan perisa yang lebih unik boleh menaikkan kelas kerepek ubi kayu sehingga ia berupaya menembus pasaran pembeli makanan ringan kelas atasan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dalam kelas ICT di PI, beliau mula memasarkan produk melalui platform online iaitu Facebook Page dan Shopee.Walaupun bermula sebagai industri rumahtangga dalam jumlah pengeluaran yang agak kecil, namun banyak perusahaan makanan ringan yang kemudiannya menjadi besar atas permintaan pasaran yang terus meningkat.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp, Twitter.
  • Mempelajari Ms. Office (Ms Excel) bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • Mempelajari cara mengambil order melalui FB,Twitter dan Whatsapp.
  • Mempelajari skill komunikasi bersama pelanggan

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk
  • Memberi kelas tambahan tentang teknik pemasaran atas talian dan luar talian serta memberikan latihan komunikasi bersama pelanggan.