Latar Belakang
Nama : Siti Hasya Binti Saari
Tarikh Lahir : 22 Februari 1987
Umur : 33
Pekerjaan : Guru & Usahawan Makanan
Pendidikan : Sarjana Muda
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli PI, beliau hanya menjual roti yang dihantar dari sekolah ke sekolah setiap minggu. Target jualan mereka hanyalah secara offline dan hanya meliputi kawasan setempat. Pendapatan mereka dianggarkan lebih kurang RM400 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan beliau dalam kelas ICT di PI, beliau mula memasarkan produk melalui platform online iaitu Facebook Page. Mereka juga mula memasarkan Pizza sebagai produk utama mereka memandang produk itu lebih memdapat permintaan tertinggi secara online. Anggaran pendapatan adalah dalam RM1000 sebulan.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp, Twitter.
- Mempelajari Ms. Office (Ms Excel) bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB,Twitter dan Whatsapp.
- Mempelajari skill komunikasi bersama pelanggan
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan tentang teknik pemasaran atas talian dan luar talian serta memberikan latihan komunikasi bersama pelanggan.
Latar Belakang
Nama : Ahmad Noh Bin Mohd Desa
Tarikh Lahir : 12 Januari 2001
Umur : 19
Pekerjaan : Pelajar
Pendidikan : Diploma Pelancongan (Politeknik Kuantan)
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas ICT, Noh tidak tahu cara menyunting video yang diambil menggunakan telefon. Beliau hanya belajar secara online cara menyunting video tetapi tidak dapat mempraktikkan 100% tanpa bantuan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas ICT Noh mula mempelajari cara menyunting video dengan kreatif dengan bantuan petugas PI. Petugas juga memberikan tips tips teknik menyunting video dan aplikasi-aplikasi yang menarik dan mudah untuk digunakan untuk menyunting video dan ini memudahkan beliau untuk membuat tugasan kerja yang pensyarahnya berikan secara online.
Apa yang dipelajari melalui PI
Selain kemahiran menyunting video, beliau juga telah mula belajar teknik berlakon atau membuat jalan cerita bagi sesuatu video. Beiau juga tahu cara menggunakan internet secara berhemah dengan advokasi yang diberikan petugas. Beliau juga kini menjadi salah seorang Sukarelawan MIV 2020.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
-PI membantu menambah ilmu pengetahuan dan menggunakan internet dengan selamat.
-PI membantu meningatkan kemahiran menyunting video
Kedai 2Nas Jaya, menjual dan memborong hasil laut,ayam,daging,barang sejuk beku,hasil kampung serta barang runcit.
Lokasi terletak di Bazaar Dorani, Sungai Haji Dorani yang terletak lebih kurang 500meter dari Pusat Internet Sg Haji Dorani.
Hubungi : Nasron - 0173742115, Nasa - 0193643345, Emy -0173022365
Keusahawanan Mingguan
Encik Mohd Hafiz Bin Saari adalah seorang petani moden yang menanam sayuran hidroponik tanpa menggunakan racun serangga. Antara sayuran yang ditanam dan dijual adalah sawi batang putih, sawi emas, cili bara dan pak choy. Selain tanamannya yang sudah dituai dihantar ke pasar, terdapat juga pelanggan yang datang ke rumah untuk membei sendiri. Beliau juga menawarkan khidmat memasang peralatan penanaman sayuran hidroponik dari rumah ke rumah.
Usahawan Online (Shoppee)
Nama : Nazri Bin Butasir
Umur : 38 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Encik Nazri adalah seorang usahawan online Shoppe sejak tahun 2018. Beliau menjual pelbagai barangan keperluan rumah,diri, kereta dan banyak lagi. Bermula dengan hanya menjual beberapa barangan sahaja dan kini beliau telah berjaya menjual 250 produk dengan menggunakan platform shopee.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau terlibat dengan kelas pemasaran dan kelas kewangan di PI, beliau kurang berkeyakinan untuk berniaga dalam talian. Purata pendapatan beliau adalah dari RM200 ā RM300 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau secara konsisten mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI, beliau mula menunjukkan hasil yang positif dalam pemasaran dan perniagaannya.Purata pendapatan bersih beliau kini antara RM500 ā RM800 sebulan.
Sub-kategori
Keusahawanan
USAHAWAN ANEKA KEK DAN BISKUT
Puan Siti Salasiah Binti Ahmad atau lebih mesra dipanggil Kak Siti adalah seorang usahawan aneka kek dan biskut sejak dari tahun 2016. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada April 2017. Beliau mula mempelajari teknik pemasaran atas talian dan mempertingkatkan mutu masakan dari segi resipi dan bakat melalui internet diatas bantuan petugas Pusat Internet Kg Sg Haji Dorani.
Berikut merupakan temuramah bersama beliau.
Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda.
"mulanya saya tidak mahir untuk menggunakan teknologi dalam memajukan perniagaan saya. Hasil daripada pengajaran dan pembelajaran di PI, banyak membantu meningkatkan hasil jualan dan pendapatan saya.
Kemudahan internet yang disediakan oleh PI banyak membantu saya mencari resepi baru dan produk terkini.
Selain itu, saya juga banyak mempelajari teknik pembuatan kek melalui youtube dan mencari maklumat sebagai persediaan untuk mengendalikan kursus atau seminar.
Sehingga kini saya masih mendapat tunjuk ajar daripada petugas untuk menambahkan kemahiran bagi memajukan lagi perniagaan yang sebar mencabar."
Gambar: Petugas memberi tunjuk ajar cara mengemaskini maklumat di Facebook Puan Salasiah.
Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.
"Internet mengajar saya tentang dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari. Ia banyak membantu meningkatkan kemahiran masakan saya
Sebelum ini agak sukar bagi saya untuk mempromosikan produk menggunakan kaedah biasa, tidak seperti hari ini kaedah promosi produk jualan saya sangat cepat dan menjimatkan serta mendapat pulangan yang berganda
Selain itu, saya juga dapat meluaskan jaringan sosial dan berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan pembuatan kek kepada usahawan yang baru menceburi bidang ini
Kini, selain menjual produk saya juga mengadakan seminar dan kursus berkaitan pembuatan kek dan aneka biskut."
Gambar: Mempelajari kaedah pemasaran atas talian
Selain membuat Kek dan Biskut untuk dipasarkan, Puan Salasiah juga giat membuat kelas masakan untuk yang berminat.