USAHAWAN KEDAI MAKAN

Nama : Mohd Hafizuddin Bin Nasaruddin
Umur : 17 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Restoran yang mula beroperasi dari tahun 2014 dan milik ibu dan ayahnya, beliau membantu mengusahakan dan mempromosi restoran yang menjual pelbagai jenis masakan pantai timur dan masakan panas lain antaranya Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Penyet, Nasi Lemak, Nasi Berlauk, Masakan panas dan banyak lagi. Waktu operasi restoran ini adalah dari jam 7.30 pagi ā€“ 2.30 petang yang menjual makanan sarapan, makanan pantai timur serta nasi berlauk manakala kedai tutup sebentar dan buka semula pada jam 5.00 petang ā€“ 10.00 malam yang menjual ayam penyet, masakan panas, tomyam dan banyak lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 ā€“ RM3000 sahaja sebulan dan pelanggan terdiri daripada penduduk sekitar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sg Haji Dorani, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan slot Dashboard Komuniti (Myshop)yang dapat mempromosikan kedai dan menu makanan beliau. Pelanggan beliau kini terdiri daripada pnduduk sekitar dan juga luar kawasan yang mana mereka mengetahui kedai beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000-4000.

Nasi dagang