USAHAWAN MINUMAN BOTOL BERPERISA
Nama : Mohamad Arif Bin Mohamed Kasim
Umur : 25 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Muhd Arif Bin Muhd Kasim atau lebih gemar dipanggil Arif kini giat meniaga minuman botol berperisa yang keluar dengan hanya 2 perisa iaitu Tiramisu dan Greentea. Beliau mula mendapat idea untuk meniaga minuman botol ini selepas berkahwin pada awal bulan 2018 untuk menambah pendapatan. Arif bekerja sebagai Juruteknik di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam. Beliau meniaga minuman botol ini secara COD di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam dan Sekincan dan mempromosikan di Whatsapp, Twitter dan Facebook.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau terlibat dengan kelas ICT di PI, beliau hanya mempromosikan melalui whatsapp dan design sticker pada botol minuman juga berdasarkan template yang berada di google.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan beliau dalam kelas ICT di PI, Arif mula belajar untuk mereka sendiri sticker pada botol dengan menggunakan Adobe Photoshop atas bimbingan petugas serta petugas juga mengajar cara mempromosikan di laman-laman sosial yang ada memandangkan Arif mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Twitter dan itu adalah satu kelebihan Arif untuk mempromosikan di laman sosial. Petugas juga membantu memberikan latihan komunikasi bersama pelanggan.Pendapatan beliau juga bertambah dan mendapat pelanggan tetap.