chalet terapung sungai besar2

dmuara

 

Chalet Terapung Sungai Besar atau dikenali secara rasminya sebagai D’ Muara Marine Park Sungai Haji Dorani adalah kepunyaan Majlis Daerah Sabak Bernam yang operasinya diuruskan oleh syarikat Dorani Bayu Resort and Services Sdn. Bhd. melalui konsep usahasama yang telah dimeterai pada Februari 2005.

Chalet Terapung Sungai Besar terletak di lokasi berhampiran denag pekan Pekan Sungai Besar iaitu dalam lingkungan lima kilometer dan jarak 90km dari Bandaraya Shah Alam. Berkonsepkan mesra alam dan telah didirikan di pinggir pantai Sungai Haji Dorani menghadap laut  Selat Melaka yang lengkap dengan kemudahan serba moden dan eksklusif sangat sesuai untuk beristirehat, seminar, mesyuarat dan menyambut hari keluarga sambil menikmati ketenangan melihat panorama aktiviti nelayan Pantai Sungai Haji Dorani.

Chalet Terapung Sungai Besar terletak di:

Dorani Bayu Resort & Services Sdn. Bhd.
D’muara Marine Park
Sungai Haji Dorani
45300 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan.

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Blog    : www.dmuararesort.blogspot.com
Tel & Fax : 03 3224 5419 / 3224 6800 / 017-541 9056