Triangle Farm Cottage House yang terletak di Sekinchan diinspirasikan daripada konsep ‘nature’ atau alam semulajadi. Terletak di dalam kawasan sawah padi atau bendang di mana jauh dari kesibukan kota, membuatkan tempat ini berbaloi untuk dilawati bagi mereka yang menginginkan percutian yang damai.
Triangle Farm Cottage House juga menyediakan sesuatu yang unik iaitu perkhidmatan urusan masuk secara pandu lalu bagi memudahkan urusan check in tetamu dengan tetamu hanya perlu check in dari dalam kereta sahaja di pintu pagar utama dan boleh terus memandu ke pintu bilik selepas urusan check in selesai.
Harga untuk setiap bilik adalah seperti berikut:
Twin Room : RM 128/night
Triple Room : RM 178/night
Glamping : RM 380/night
Container Room (Upstairs) : RM 158/night
Container Room (Downstairs) : RM 148/night
Nama: Triangle Farm Cottage House
Alamat Premis: Jalan Parit 5, Jalan Ban Kenal, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (tempahan perlu dibuat lebih awal)
Nombor untuk dihubungi: 017-206 8666