KELAS PROMOSI PERNIAGAAN
Nama : Muhammad Hafizuddin Bin Hassarudin
Umur : 19 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Muhd Hafizzudin Bin Nasaruddin atau lebih gemar dipanggil Hafiz adalah anak kepada pemilik sebuah Restoran di Pekan Sungai Besar. Beliau bertanggungjawab membantu keluarganya menguruskan dan membantu perusahaan tersebut dan mempromosikan restoran ini. Restoran yang mula beroperasi dari tahun 2014 dan milik ibu dan ayahnya yang menjual pelbagai jenis masakan pantai timur dan masakan panas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Hafiz tidak mempunyai platform untuk mempromosikan Restorannya, beliau hanya fokus kepada pelanggan yang hadir dari dalam dan luar kawasan. Selepas tamat SPM, Hafiz mula datang ke Pusat Internet Sg Haji Dorani bersama rakan-rakannya dan mula melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan dan penglibatan Hafiz dengan Pusat Internet Sg Haji Dorani, Hafiz mula menghadiri kelas keusahawanan dan mula belajar cara mempromosikan Restoran di laman sosial dengan tunjuk ajar petugas.