KELAS MEMBACA SECARA ONLINE
Nama : Mohd Azri Irfan Bin Kamarulhisham
Umur : 9 tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Mohd Azri Irfan atau lebih dikenali dengan Azri berusia 8 tahun dan bersekolah di SK Sg Haji Dorani .Azri mempunyai masalah pembelajaran dari segi lambat untuk membaca.Azri adalah anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Sebelum PI Sg Haji Dorani dibuka, Azri agak sukar untuk pergi ke PI kerana agak jauh dari rumah beliau,namun semenjak PI Sg Haji Dorani dibuka, adalah menjadi satu bonus untuk Azri kerana lokasi PI hanya disebelah rumah dan itu memudahkan Azri untuk pergi ke PI untuk membuat pembelajaran tambahan.Cadangan untuk melakukan kelas tambahan secara online adalah dari petugas PI Sg Haji Dorani iaitu En Sarih Bin Amat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mempelajari kelas membaca secara online di PI1, Azri sering diejek oleh rakan-rakan di atas kesukarannya untuk membaca. Ini membuatkan Azri kurang keyakinan diri untuk berkawan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas membaca secara online yang diajar oleh petugas PI, Azri sudah mula menunjukkan perubahan dari segi mengenal ayat dan kelancaran untuk membaca walaupun belum sepenuhnya lancar.