KELAS KEMAHIRAN MENAIP
Nama : Muhd Nazmi Bin Abu Bakar
Umur : 15 tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Mohd Nazmi Bin Abu Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Nazmi adalah pelajar tingkatan 2 SMK Sungai Besar. Sejak memasuki sekolah menengah, Nazmi mula kerap menggunakan komputer tetapi Nazmi mempunyai masalah menaip satu persatu. Nazmi meminta tunjuk ajar petugas PI untuk membimbing cara untuk meningkatkan kemahiran menaip pantas dan cara-cara membuat surat serta slide Microsoft PowerPoint.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas kemahiran menaip pantas, Nazmi agak lambat untuk menaip. Petugas PI mengaturkan kelas menaip pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad selepas waktu persekolahan (petang).
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas menaip pantas, kemahiran menaip Nazmi semakin meningkat hasil tunjuk ajar dan bimbingan petugas. Petugas kerap memberikan latihan menaip surat dan pertandingan menaip pantas secara online.