Tindakan menamatkan PKP terlalu awal boleh mengakibatkan penularan semula #COVID19 di sesebuah negara.
Dikhuatiri, kes penularan #COVID19 mungkin rancak kembali berlaku dalam kalangan masyarakat.
Orang ramai akan terus dijangkiti, warga emas dan golongan berisiko tinggi akan terkesan dan kapasiti sistem kesihatan akan semakin tipis untuk melawan gelombang yang mungkin lebih besar daripada apa yang yang dilihat kini.
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
#COVID19Malaysia
Ramai yang tanya berkenaan rapid test kit dalam pengesahan COVID-19. Ini jawapannya.
Rapid Test Kit Antibodi TIDAK BOLEH digunakan untuk pengesahan COVID-19.
#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#StaySafe
#StayHome
#DudukRumah
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Barisan hadapan ramai yang hampir Burnout bekerja semasa COVID-19 ini.
ikut langkah yang diberikan untuk hadapi burnout semasa bertugas.