Makan Tengah Hari di D’Bayu Impian Housestay

Untuk lokasi makan tengah hari boleh cuba di D’Bayu Impian Housestay yang terletak di Parit 16 Sungai Panjang, Sungai Besar. Bagi yang tidak pernah rasa masakan orang tempatan, di sini menyediakan makanan tempatan yang terbaik.

Housestay ini juga sesuai untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti team building dan juga reuinion persatuan atau bekas pelajar kerana terdapat kemudahan seperti dewan seminar dan kelas. Perkhidmatan lain turut disediakan adalah aktiviti memancing, meja pool, karaoke, BBQ, menu pilihan, aktiviti kebudayaan, silat, kuda kepang dan kompang

Lokasi : D’Bayu Impian Housestay, Parit 16 Sungai Panjang
Sungai Besar, Selangor

Tel : 019-3729570

Web : dbayuimpian.blogspot.com

Makan Malam di Nasi Buloh

Terletak bersebelahan Kraf Nayan terdapat restoran yang terkenal dengan nama Nasi Buloh. Apa yang menarik di sini adalah Set Nasi Buluh ini di mana nasi itu dikukus bersama-sama dengan daun pisang kemudian di letak di dalam buluh. Kemudian dikukus mengikut jangka masa tertentu.

Kemudian dengan set nasi buluh itu di tambah dengan pelbagai jenis lauk-pauk mengikut citarasa lauk tempatan seperti ayam dan ikan gorang, lauk masakan jawa dan banjar dan pelbagai lagi. Pelbagai minuman disediakan seperti jus buah-buahan. Sebagai penamat atau desert Kelapa Muda Leleh menjadi santapan terakhir. Memang berbaloi untuk mencuba Nasi Buloh di sini.

Lokasi : Nasi Buloh, Parit 7 Sungai Leman, Sekinchan

 

Sumber dan rujukan: (http://malaysiabackpackers.com/10-perkara-yang-unik-di-sungai-besar/)