7 2

 

Tarikh            :  31 / 8 / 2017

Masa             :  8.30 pagi- 11.30 pagi

Lokasi           :  Pusat Internet 1Malaysia Sg Hj Dorani

Bil Peserta    :  Ketua Wanita UMNO Bahagian Sg.Besar, Wakil ahli parlimen Sg Besar, Pen. Pegawai Penerangan Daerah Sabak Bernam, Pengerusi JKKP SHD Kelab Belia Komuniti SHD, Penduduk setempat. 

 

Tujuan

 Program dengan kerjasama JKKP Sg Haji Dorani dan Kelab Belia Komuniti Sg Haji Dorani ini bertujuan untuk meraikan sambutan kemerdekaan yang ke 60 dan memupuk semangat patriotik dikalangan komuniti.

 

Aktiviti

Program dimulakan dengan sesi senamrobik diketuai oleh ahli Kelab Belia Komuniti SHD. Antara aktiviti adalah periksa tekanan darah dan kadar gula dalam darah, pertandingan basikal dan motosikal berhias, dan perasmian sambutan kemerdekaan oleh wakil ahli parlimen Sg. Besar, En Hisham Bin Tasrip. Program diakhiri dengan pelepasan konvoi merdeka basikal dan motosikal ke padang futsal Sg.Haji Dorani.