Keusahawanan mingguan pada minggu inilah warung Nasi lemak Ibu yang terletak di Bazaar Perdana Dorani. Warung nasi lemak ini popular di kampung Sg Haji Dorani kerana rasa sambalnya yang manis pedas di samping harga nasi lemak yang agak murah dengan kuantiti yang banyak. Warung ini turut menjual pelbagai kuih muih yang dihantar dan diletakkan oleh penduduk kampung sungai haji dorani.