hadiah IPT

Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan yang mengikuti pengajian peringkat sijil kemahiran tahap 4, diploma atau ijazah sarjana muda.

PROSEDUR PERMOHONAN

1. Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Kerajaan Negeri Selangor boleh dibuat secara atas talian (Online) dengan melayari laman web rasmi Sistem Permohonan HPIPT: http://hpipt.selangor.gov.my.

2. Pemohon dikehendaki membaca dan mematuhi syarat ā€“ syarat kelayakan permohonan sebelum membuat sebarang permohonan.

3. Pemohon boleh membaca Manual Panduan Permohonan (Online) menerusi laman web tersebut sebagai rujukan.

4. Pemohon boleh membuat Semakan Status Permohonan pada laman web tersebut dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan Pemohon.

5. Permohonan yang telah lengkap beserta lampiran dokumen hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos di alamat seperti berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.,
40503 Shah Alam.