Ikuti kisah tentang Miza yang gemar berkongsi terlalu banyak informasi/maklumat diri di rangkaian sosial sehingga mengakibatkan keselamatannya terancam.
Klik Dengan Bijak (KDB) adalah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Waspada dengan penyebaran berita palsu dan kenalpasti kesahihan sesuatu berita sebelum sebar. Beretikalah ketika berkomunikasi di internet.