Lawatan daripada Tabika Perpaduan Sepakat ke Pusat Internet 1Malaysia Sg Haji Dorani pada 8 Mac 2018 dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari  adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan ibubapa pelajar tentang perkhidmatan PI1M serta melakukan aktiviti untuk para pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pendaftaran keahlian, pertandingan mewarna online, pertandingan Puzzles serta acara penyampaian hadiah kepada pemenang.