MDSB dalam usaha mempelbagaikan ekonomi dan pendapatan penduduk tempatan.
Antara usahanya adalah meningkatkan kehadiran pelancong dan mempromosikan tempat-tempat menarik dan bersejarah di samping menghidupkan semula suasana serta kemeriahan pekan-pekan di daerah Sabak Bernam ini.
Pada 27 Julai ini akan diadakan KARNIVAL 3S (SANTAI, SIHAT, SEJAHTERA) di Pekan Sabak, Sabak Bernam.
Yang menarik menanti anda ialah pada sebelah pagi akan diadakan:
1. SENAMROBIK bersama Fitdance MDSB
2. Jualan Usahawan Sabak Bernam
3. Pertandingan mewarna kanak-kanak (kategori prasekolah 6 tahun ke bawah dan berumur 7-9 tahun)
4. Program kesedaran Alam Sekitar
- Derma Darah
- Ceramah Sayangi Alam Sekitar
5. Jelajah Psikologi bersama pegawai psikologi SUK Selangor
- Ceramah kesedaran kesihatan mental dan kaedah menangani stres.
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma Bersama UiTM Shah Alam
6. Bikers Mini Gathering
Sebelah malamnya ada apa pulak? Ha ni kira aktiviti kemuncak.
1. Larian Santai bertemakan 60-an
2. Cabutan bertuah utama
Jadi jangan lupa masuk penyertaan, dan hadir sepanjang hari Sabtu, 27 Julai 2024 ni ya!
Untuk maklumat lanjut boleh semak poster.