Logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.
Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.
Maksud Tema:
Keluarga Malaysia: merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
Teguh: bermaksud kukuh, kuat dan erat.
Bersama: bermaksud bersama-sama berserta atau berganding bahu.
Manakala frasa ‘Teguh Bersama’ mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.
Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2022, sila layari laman sesawang www.merdeka360.my.
Sumber: Merdeka360
#JabatanPerdanaMenteri
#KeluargaMalaysia
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
#HKHM2022