Situasi terkini 11 April 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 184 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 4,530 kes.
#StayAtHome

B57F0369 691F 45B3 8504 C1620E97D887

Di waktu sukar ini mari kita buang stigma negatif terhadap pesakit Covid-19 dan ahli keluarga mereka. Beri mereka sokongan dan kata-kata positif. Rakyat Malaysia bersama-sama menentang Covid-19! #KitaMestiMenang!
#StayAtHome

948F938E 2B1E 4FA2 97B7 FDA78D7A79BF

Dah #DudukRumah tu, pastikan disiplin makan juga terjaga ok!

Sama-sama kita #HapusCOVID19 tanpa OBESITI! šŸ˜‰
5E455AD0 BD77 4D47 B4BF 3E2A01653572

Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 10 April 2020.

Keseluruhan kes positif 4,346 dengan 42.11.% telah sembuh bersamaan 1,830 pesakit dan 1.61% atau 70 kematian.

 

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang
31B07A5A C3DF 44A9 936E B9CB17989445

DIREKTORI FASILITI DENGAN PERKHIDMATAN UBAT MELALUI POS (UMP) 2020

Pesakit digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pembekalan UMP untuk mendapatkan bekalan ubat susulan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Perkhidmatan UMP ini membolehkan ubat dihantar terus ke rumah pesakit tanpa pesakit perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan bagi mengambil bekalan ubat susulan mereka.

Untuk makluman semua, sebelum ini kos penghantaran bagi perkhidmatan UMP adalah sebanyak RM5.30 hingga RM10.60 mengikut berat dan zon penghantaran. Kos ini ditanggung oleh pesakit dan perlu dibayar secara tunai (cash on delivery) kepada pihak Pos Malaysia, semasa pesakit menerima bekalan ubat.

Bagi meringankan beban pesakit, bermula 6 April 2020 hingga 30 Jun 2020, iaitu bagi tempoh 3 bulan, kos penghantaran ubat melalui perkhidmatan UMP yang dianggarkan sebanyak RM638,000 akan ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ubat-ubat yang boleh dibekalkan melalui perkhidmatan UMP ini adalah ubat-ubat biji seperti tablet dan kapsul. Bagi ubat cecair dan ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin yang perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2-8ā°C, pesakit disarankan untuk menggunakan pilihan perkhidmatan VAS yang lain seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Sila klik pada pautan "Google Drive" di bawah untuk mendapatkan senarai direktori fasiliti dengan perkhidmatan UMP (Ubat Melalui Pos) - Dikemaskini pada 9hb April 2020

https://drive.google.com/drive/mobile/folders/1boCiL9vkIF9daZwVVu8FymDOvDS5p3Bu?usp=drive_open

227DA595 52FC 4F7F AF04 0FEB90746A17