Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) bermatlamat untuk mentransformasikan perniagaan usahawan kecil kepada ekonomi digital.
Pusat Internet Komuniti (PIK) bertindak sebagai titik sentuh di mana usahawan kecil tempatan ini akan mengikuti program-program latihan yang disediakan dan akan diberikan bimbingan dan sokongan yang berterusan dalam bentuk pembangunan perniagaan di platform digital.
Inisiatif ini juga membantu meningkatkan permintaan terhadap produk mereka dan menggalakkan lagi penyertaan usahawan kecil untuk mentransformasikan perniagaan dan menggunakan teknologi terkini dalam menambah baik taraf sosioekonomi rakyat.

#LensaNegaraku Sempena Hari Kebangsaan 2021, Lensa Negaraku telah mendokumentasikan usaha kerajaan menyampaikan Pesanan Teks atau SMS kepada rakyat mengenai kesedaran pandemik Covid-19 dari semasa ke semasa. Penerbitan ini memaparkan individu dibelakang takbir yang melaksanakan tugasan ini. #MenangBersama #LindungDiriLindungSemua

Jemputan eksklusif untuk anda! Dapatkan “tips” untuk menarik lebih ramai pelanggan. TikTok, Facebook, Google, TV, radio… Kini terdapat pelbagai cara anda boleh melakukan promosi untuk perniagaan anda. Jika anda ingin tahu rahsia usahawan lain yang berjaya menerokai dunia digitalisasi, sertailah persidangan maya Maxis Business Spark UsahaWIRA pada 24 & 25 Ogos.
Bonus: Anda juga akan berpeluang memenangi hadiah lumayan bernilai lebih daripada RM4 juta! Pendaftaran percuma adalah terhad, jadi jangan ketinggalan!

Sub-kategori