Tarikh: 16 Disember 2018
Masa :9.00 pagi - 1.30 petang
Lokasi :Pusat Internet Sg Haji Dorani
Peserta : Warga komuniti Sg Haji Dorani dan Agensi-agensi
Tujuan : Program yang dirasmikan oleh Tuan Shamsharol Mohamed Yusoff selaku Pengerusi MPKK Kampung SHD ini bertujuan memberikan kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
Pusat Internet telah mangambil inisiatif dengan menyediakan perkhidmatan Saringan Kesihatan SETIAP HARI kepada komuniti seperti pemeriksaan;
1. Berat Badan Ideal (BMI)
2. Tekanan Darah
3. Kandungan Gula Dalam Darah
Warga Kampung SHD dialu-alukan untuk datang ke Pusat Internet dan merasai sendiri perkhidmatan yang disediakan.
Selain itu, Pusat Internet SHD juga telah dipilih sebagai Pusat untuk Program Pengurusan Berat Badan (COMEY). Setiap bulan peserta yang berjaya menurunkan berat badan layak menerima anugerah.
Mini Gym juga diwujudkan bagi menarik minat dan mendidik generasi muda untuk menjaga kesihatan dengan cara yang betul.
Tahniah kepada pihak pengurusan Studio Agilis dan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.
Kami petugas dan sukarelawan PUSAT INTERNET menyokong penuh kempen kesedaran dan memperkasakan rakyat Malaysia mengenai amalan gaya hidup sihat.
Aktiviti : Pelbagai permainan menarik, demontrasi makanan sihat, ceramah kesihatan oleh pihak agensi AADK, Unit Vektor, serta cabutan bertuah.