Tarikh

: 30 Oktober 2019

Masa

: 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 20 Orang

Tujuan

 

Menjalin kerjasama dengan KEMAS Selangor menyemak dan mengisi laman web SPKPN (MPKK Selangor - setiap parlimen)

Turut membantu Pegawai dan Staff Pejabat KEMAS Parlimen Sungai Besar.

Kami juga membantu MPKK untuk membuat dokumen seperti berikut ;
>Kertas Cadangan Geran
>Borang Akujanji
>Borang Permohonan
>Minit Mesyuarat
>Buku Profil Kampung

Aktiviti

    • Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat dari pegawai KEMAS Selangor serta majlis penyampaian hadia kepada wakil MPKK terbaik.

Gambar Disini

Tarikh

: 19 Oktober 2019

Masa

: 9.00 Pagi - 3.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 12 Orang

Tujuan

 

Bengkel asas Adobe Photoshop & Illustrator anjuran PeBT Sabak Bernam ini bertujuan untuk memberi ilmu kemahiran penghasilan Bunting, Kad Bisnes, Pamplet, Flyers, dan lain-lain. Bengkel ini diketuai oleh petugas Pusat Internet sebagai tenaga pengajar. Antara topik-topik yang diajar adalah;
šŸ“Œ Pengenalan kepada pengendalian Illustrator
šŸ“Œ Fahami grafik/lukisan vektor
šŸ“Œ Kenali Artboard / Multiple Artboard
šŸ“Œ Memulakan Projek Reka
šŸ“Œ Reka Logo Untuk Jenama Sendiri
šŸ“Œ Asas melukis dengan Shape Tools / Pathfinder
šŸ“Œ Asas mewarna dengan Gradient Tool & Panel
šŸ“Œ Memilih Kombinasi Warna
šŸ“Œ Live Paint Bucket Tool
šŸ“Œ Reka Grafik Poster Promosi
šŸ“Œ Memasukkan Imej Pilihan
šŸ“Œ Memilih Font Yang Sesuai
šŸ“Œ Type Tool ā€“ Teks dan Perenggan
šŸ“Œ Meletakkan Call To Action

Aktiviti

    • Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mereka bentuk kad bisnes 3 terbaik membawa pulang hadiah berupa hamper dansemua peserta mendapat goodies dari Pusat Internet. Bengkel telah dirasmikan oleh Encik Ismat (Ketua Induk PeBT Sabak Bernam)

Gambar Disini

Tarikh

: 6 Oktober 2019

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 16 Orang

Tujuan

 

Advokasi kepada pelajar untuk memberi pendedahan tentang buli siber. Petugas memberi penerangan tentang cara mengenali buli siber, cara mengelakkan buli siber serta cara-cara mengatasi buli siber. Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

Aktiviti

    • Antara aktiviti yang dijalankan adalah menonton video tentang kesan-kesan buli siber kepada individu dan masyarakat serta sesi soal jawab.

Gambar Disini

Tarikh

: 18 Oktober 2019

Masa

: 9.00 Pagi - 12.00 T/Hari

Lokasi

: SK Sungai Leman

Peserta

: 43 Orang

Tujuan

 

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada Pelajar Tahun 6 tentang Program KDB semasa melayari internet dengan Bijak dan selamat. Pelajar juga diterangkan dengan 3 aspek membudayakan penggunaan internet secara positif iaitu: Keselamatan, Waspada dan Tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Aktiviti

    • Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya Bengkel ICT, Asas MS Powerpoint: Membuat Biodata Diri, Tayangan Video Klik Dengan Bijak(KDB): Bahaya Media Sosial dan Buli Siber di samping mempromosikan 12 Buah Pusat Internet yang ada di Daerah Sabak Bernam.

Gambar Disini

Tarikh

: 5 Oktober 2019

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 10 Orang

Tujuan

 

Kelas ini disertai oleh 10 orang pelajar dari SK Sg Haji Dorani untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru mereka untuk topik Input, Output dan Storage Devices. Pelajar dibantu oleh petugas untuk mengenali lebih lanjut dan jelas tentang perkakasan tersebut secara virtual bagi memudahkan mereka untuk membuat tugasan menggunakan microsoft word. Pelajar lebih jelas apabila diberi penerangan terus dari laman web laman web yang berkaitan.

Aktiviti

    • Antara aktiviti yang dijalankan selain mengenali perkakasan, pelajar juga belaja rcara menggunakan microsoft word tentang cara- cara memasukkan gambar, menyimpan gambar yang dimuatturun dari google, cara mengubah setting font, size, warna, dll. Peajar juga mengetahui cara print terus melalui PC.

Gambar Disini