Tarikh

: 7 September 2019

Masa

: 3.00 Petang - 6.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 10 Orang

Tujuan

 

Pembelajaran atas talian memang memberikan keseronokan kepada pelajar dan mampu meningkatkan kreativiti.

Quizizz.com banyak membantu admin, banyak koleksi soalan yang mampu memberikan letusan kepada sel-sel otak untuk terus berhubung. Pelajar bersaing untuk mendapat markah tertinggi.

Tidak puas dengan kuiz, peserta mencabar diri sendiri dengan aktiviti menaip pantas. Memang ligat jari jemari mencari huruf bagi setiap perkataan yang tertera.

Aktiviti

    • Aktiviti yang dijalankan adalah Kuiz Matematimatik Online (Quizizz.com), pertandingan Menaip Pantas dan Advokasi Klik Dengan Bijak

Gambar Disini

Tarikh

: 13 Ogos 2019

Masa

: 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 80 Orang

Tujuan

 

Advokasi untuk kalangan belia hasil gabungan anak muda / ahli pusat Internet bersama ahli Kelab Belia Dinamik Sungai Besar bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran digital di kalangan rakyat Malaysia, khususnya untuk menggalakkan penggunaan oleh masyarakat yang kurang liputan perkhidmatan dan memberi pengetahuan kepada pengguna tentang maklumat palsu. Peserta dapat mengenali jenis-jenis maklumat palsu yang kerap disebar kepada orang awam, cara membanteras gejala maklumat palsu, mengenali sejarah internet dan kegunaannya. 

Aktiviti

    • Aktiviti yang dijalankan adalah mendengar advokasi dan menjawab soalan kuiz tentang Teknologi & Anda serta Maklumat Palsu. Aktiviti sampingan adalah pertandingan E-Sport - Mobile Legend kategori Terbuka.


Gambar Disini

 

Tarikh

: 1 Ogos 2019

Masa

: 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 11 Orang

Tujuan

 

Membantu Pengerusi MPKK Mukim Pasir Panjang membuat kertas kerja permohonan Geran Tahunan MPKK bernilai RM10,000.00.

Turut membantu Pegawai dan Staff Pejabat KEMAS Parlimen Sungai Besar.

Kami juga sedia membantu MPKK untuk membuat dokumen seperti berikut ;
>Kertas Cadangan Geran
>Borang Akujanji
>Borang Permohonan
>Minit Mesyuarat
>Buku Profil Kampung

Aktiviti

    • Aktiviti yang dijalankan adalah pengisian laman web SPMP online.

Gambar Disini

Tarikh

: 3 - 5 Ogos 2019

Masa

: 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 3 Orang (Wakil Pusat Internet)

Tujuan

 

COMBI Lokaliti Pusat Internet Sg Haji Dorani telah menghantar 3 orang peserta bagi mewakili Daerah Sabak Bernam.

COMBI (sebut kombi) adalah singkatan kepada "COMmunication for Behavioural Impact" yang bermaksud Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku.

Aktiviti

    • Aktiviti yang dijalankan adalah mendengar pendedahan tugas sukarelawan COMBI, membuat lawatan ke tapak bagaimana cara pencegahan aedes dilakukan

Gambar Disini

Tarikh

: 12 Julai 2019

Masa

: 3.00 Petang - 6.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 10 Orang

Tujuan

 

Kelas bersama MPKK yang berminat untuk membuat kertas kerja bagi permohonan Geran Tahunan MPKK.Selain itu, mereka juga memuat turun dokumen permohonan di Laman Web Kementerian Pembangunan Luar Bandar.Dan yang paling penting kami petugas boleh membantu MPKK untuk sediakan dokumen seperti di bawah;

1.Minit Mesyuarat
2.Letterhead Surat
3.Buku Program
4.Banner Program
5.Profil Kampung

Aktiviti

    • Aktiviti yang dijalankan adalah pengisian laman web SMPMP online.

Gambar Disini