Tarikh

: 14 September 2019

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 10 Orang

Tujuan

 

Petugas memulakan dengan memberikan ceramah bertajuk "Media Sosial sebagai Pembelajaran yang Efektif". Konsep ini akan menjelaskan bagaimana penggunaan pelbagai media sosial dapat membantu pelajar memperoleh pelbagai maklumat yang berguna bagi membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

Aktiviti

    • Kelas ini juga akan menghuraikan kebaikan dan kelemahan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tarikh

: 14 September 2019

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 T/Hari

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 10 Orang

Tujuan

 

Aplikasi khas Dashboard Komuniti [DK] ini dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet.DK ini menyediakan pengisian kandungan kepada komuniti setempat seperti My Komuniti, My Soal, My Health, My Skool, My Shop dan yang terbaru My Ebuku.Petugas membantu untuk memuat turun aplikasi DASHBOARD KOMUNITI di telefon pintar. 

Aktiviti

    • Petugas dedahkan kepada peserta dengan melayari sendiri laman sesawang DASHBOARD KOMUNITI menggunakan komputer sebagai bukti aplikasi ini memang sangat bermanfaat kepada mereka dan komuniti. Peserta yang berjaya memuatnaik aplikasi Dashboard Komuniti diberikan sehelai T-Shirt Dashboard Komuniti yang terhad.

Gambar Disini

Tarikh

: 13 Ogos 2019

Masa

: 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 80 Orang

Tujuan

 

Advokasi untuk kalangan belia hasil gabungan anak muda / ahli pusat Internet bersama ahli Kelab Belia Dinamik Sungai Besar bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran digital di kalangan rakyat Malaysia, khususnya untuk menggalakkan penggunaan oleh masyarakat yang kurang liputan perkhidmatan dan memberi pengetahuan kepada pengguna tentang maklumat palsu. Peserta dapat mengenali jenis-jenis maklumat palsu yang kerap disebar kepada orang awam, cara membanteras gejala maklumat palsu, mengenali sejarah internet dan kegunaannya. 

Aktiviti

    • Aktiviti yang dijalankan adalah mendengar advokasi dan menjawab soalan kuiz tentang Teknologi & Anda serta Maklumat Palsu. Aktiviti sampingan adalah pertandingan E-Sport - Mobile Legend kategori Terbuka.


Gambar Disini

 

Tarikh

: 7 September 2019

Masa

: 3.00 Petang - 6.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 10 Orang

Tujuan

 

Pembelajaran atas talian memang memberikan keseronokan kepada pelajar dan mampu meningkatkan kreativiti.

Quizizz.com banyak membantu admin, banyak koleksi soalan yang mampu memberikan letusan kepada sel-sel otak untuk terus berhubung. Pelajar bersaing untuk mendapat markah tertinggi.

Tidak puas dengan kuiz, peserta mencabar diri sendiri dengan aktiviti menaip pantas. Memang ligat jari jemari mencari huruf bagi setiap perkataan yang tertera.

Aktiviti

    • Aktiviti yang dijalankan adalah Kuiz Matematimatik Online (Quizizz.com), pertandingan Menaip Pantas dan Advokasi Klik Dengan Bijak

Gambar Disini

Tarikh

: 3 - 5 Ogos 2019

Masa

: 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari

Lokasi

: Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Peserta

: 3 Orang (Wakil Pusat Internet)

Tujuan

 

COMBI Lokaliti Pusat Internet Sg Haji Dorani telah menghantar 3 orang peserta bagi mewakili Daerah Sabak Bernam.

COMBI (sebut kombi) adalah singkatan kepada "COMmunication for Behavioural Impact" yang bermaksud Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku.

Aktiviti

    • Aktiviti yang dijalankan adalah mendengar pendedahan tugas sukarelawan COMBI, membuat lawatan ke tapak bagaimana cara pencegahan aedes dilakukan

Gambar Disini