Tarikh: 20 Januari 2019

Masa :5.00 petang - 6.00 petang

Lokasi :PI Sg Haji Dorani

Peserta : Warga Sg Haji Dorani (Kanak-kanak dan Remaja)

Tujuan : Bertujuan untuk mengajak peserta menjalani hidup lebih sihat dengan bersukan.

Aktiviti : Mini Jom Sihat untuk para peserta yang inginkan aktiviti outdoor. Antara aktiviti yang dijalankan adalah cabaran penurunan berat badan, cabaran Push Up, Tali Skipping dan lain lain.

Gambar Disini

Tarikh: 20 Januari 2019

Masa :3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi :PI Sg Haji Dorani

Peserta : 10 orang

Tujuan : Petugas memberikan panduan cara menghafal sifir yang mudah dan cepat. Bagi menguji daya ingatan, peserta perlu menjawab kuiz matematik secara dalam talian menggunakan pautan www.quizizz.com.

Aktiviti :Peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi telah diberikan hadiah. Advokasi Klik Dengan Bijak juga diadakan bagi memberikan peringatan mesra kepada peserta supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan ketika melayari internet.

Gambar Disini

Tarikh: 13 Januari 2019

Masa :4.00 petang-6.00 petang

Lokasi :PI Sg Haji Dorani

Peserta : 2 orang

Tujuan : Bertujuan untuk mengajar peserta memahirkan diri menggunakan enjin carian internet untuk mencari bahan kerja sekolah.

Aktiviti :Peserta menggunakan enjin carian Google untuk mencari imej berwarna, memuat turun imej tersebut dan 'paste' di lembaran kerja Microsoft Word, dan mengubah saiz imej dan menyusun atur mengikut kesesuaian sebelum dicetak.

Gambar Disini

 

Tarikh: 15 Januari 2019

Masa :10.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi :PI Sg Haji Dorani

Peserta : 6 orang

Tujuan : Bertujuan untuk mengajar peserta lepasan SPM 2018 untuk membuat resume sebagai pesediaan menghadapi ala pekerjaan sementara sebelum menyambung pelajaran ke IPT.

Aktiviti :Peserta membuat akaun Email menggunakan Google Gmail. Peserta dilatih menerima dan membuka dokumen contoh resume menggunakan email serta memuat turun fail tersebut. Peserta mengubah resume sedia ada dalam fail Microsoft Word dengan mengisi maklumat diri dan memasukan gambar portrait. Setelah selesai, peserta menyimpan fail tersebut dan menghantar dokumen tersebut kepada petugas melalui email.Semua peserta berjaya menyiapkan tugasan masing-masing dan menerima cenderahati berupa T-Shirt Dashboard Komuniti.

Gambar Disini

 

Tarikh: 13 Januari 2019

Masa :10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi :PI Sg Haji Dorani

Peserta : 8 orang

Tujuan : Bertujuan untuk melatih peserta menggunakan teknik menaip yang betul melalui website www.typingclub.com .Laman web ini mengajar kedudukan jari dia atas papan kekunci, penggunaan kunci ringkas dia atas papan kekunci dan sebagainya.

Aktiviti : Petugas memberikan penerangan tentang panduan menaip yang betul, peserta mempelajari kedudukan jari yang betul semasa menaip serta peserta membuat tutorial asas menaip dan dapat mengetahui markah pencapaian mereka.

Gambar Disini