Tarikh: 20 Januari 2019
Masa :3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi :PI Sg Haji Dorani
Peserta : 10 orang
Tujuan : Petugas memberikan panduan cara menghafal sifir yang mudah dan cepat. Bagi menguji daya ingatan, peserta perlu menjawab kuiz matematik secara dalam talian menggunakan pautan www.quizizz.com.
Aktiviti :Peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi telah diberikan hadiah. Advokasi Klik Dengan Bijak juga diadakan bagi memberikan peringatan mesra kepada peserta supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan ketika melayari internet.
Tarikh: 15 Januari 2019
Masa :10.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi :PI Sg Haji Dorani
Peserta : 6 orang
Tujuan : Bertujuan untuk mengajar peserta lepasan SPM 2018 untuk membuat resume sebagai pesediaan menghadapi ala pekerjaan sementara sebelum menyambung pelajaran ke IPT.
Aktiviti :Peserta membuat akaun Email menggunakan Google Gmail. Peserta dilatih menerima dan membuka dokumen contoh resume menggunakan email serta memuat turun fail tersebut. Peserta mengubah resume sedia ada dalam fail Microsoft Word dengan mengisi maklumat diri dan memasukan gambar portrait. Setelah selesai, peserta menyimpan fail tersebut dan menghantar dokumen tersebut kepada petugas melalui email.Semua peserta berjaya menyiapkan tugasan masing-masing dan menerima cenderahati berupa T-Shirt Dashboard Komuniti.
Tarikh: 13 Januari 2019
Masa :10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi :PI Sg Haji Dorani
Peserta : 8 orang
Tujuan : Bertujuan untuk melatih peserta menggunakan teknik menaip yang betul melalui website www.typingclub.com .Laman web ini mengajar kedudukan jari dia atas papan kekunci, penggunaan kunci ringkas dia atas papan kekunci dan sebagainya.
Aktiviti : Petugas memberikan penerangan tentang panduan menaip yang betul, peserta mempelajari kedudukan jari yang betul semasa menaip serta peserta membuat tutorial asas menaip dan dapat mengetahui markah pencapaian mereka.
Tarikh: 13 Januari 2019
Masa :4.00 petang-6.00 petang
Lokasi :PI Sg Haji Dorani
Peserta : 2 orang
Tujuan : Bertujuan untuk mengajar peserta memahirkan diri menggunakan enjin carian internet untuk mencari bahan kerja sekolah.
Aktiviti :Peserta menggunakan enjin carian Google untuk mencari imej berwarna, memuat turun imej tersebut dan 'paste' di lembaran kerja Microsoft Word, dan mengubah saiz imej dan menyusun atur mengikut kesesuaian sebelum dicetak.
Tarikh: 12 Januari 2019
Masa :3.00 ptg - 6.00 ptg
Lokasi :PI Sg Haji Dorani
Peserta : 8 orang
Tujuan : Peserta membuat jadual waktu persekolahan untuk sesi persekolahan 2019 yang sudah bermula. melatih peserta untuk menjadi kreatif dalam mereka jadual waktu yang mudah diingati.
Aktiviti : Peserta mencari contoh jadual waktu yang menarik di enjin carian Google, memuat turun gambar dan mengubahsuai di Microsoft Word serta peserta juga dilatih cara menaip yang betul dengan aplikasi pembelajaran atas talian, www.typingclub.com